Playdoh handmade ^_______^


Belanja gambar satuuu! asyik dudel je.. haha

Hari ni wawa nak ajar cara-cara buat playdoh sendiri... nak beli mahal.. so kita buat sendiri la ek? buat sendiri pun x sampai RM5.. hehe

Klik untuk membesar dengan riang^^
Ok, ayuhh kita mulakan... berikan tumpuan sepenuhnya ya anak2 murid sekelian.. kekekeke..

Campur dan sebatikan :

2 cawan Tepung Gandum


1 cawan garam halus


2 sudu makan minyak masak


1 cawan air (tuang sikit-sikit dan gaul sampai doh sesedap tangan dan tidak melekit)

Sumber : incik gugel

Campurkan kesemua bahan-bahan diatas.. uli sampai sebati.. perlu ada sifat kesabaran dalam diri korang semasa uli tepung tu.. haha.. biar uli lama2 biar hasilnya memuaskan hati..
kemudian korang bahagikan tepung tersebut sama rata.. dan korang boleh gunakan 

Pewarna makanan

Sumber : incik gugel

TADAA! ini hasilnyaaaa... korang boleh main bersama anak2, adik2 @ anak2 sedara korang..





Hahaha, wawa x kreatif pun.. ok lah tu je.. bye^^


#2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dengan ini, sukacita dimaklumkan
Mellya dan Iola akan mengadakan giveaway bonanza
yang bermula pada
2 May 2014 
dan berakhir pada 25 Jun 2014**


Hadiah-hadiah giveaway bonanza kali ini
ditaja sepenuhnya oleh Buttons and Cuteness.
Dan yang best?!

Setiap penyertaan, layak menerima diskaun voucher yang akan

diberikan pada akhir giveaway nanti.



Jemput join beramai-ramai dan jadi top referral giveaway ini ^^

KLIK BANNER UNTUK JOIN



Satu set combo brooch untuk pemenang top referral serta hadiah misteri untuk referral

melebihi 200 view

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t


[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Review blog : ASDFGHJKL

Bersempena ke-130 followers blog wawa ni, wawa nak review blog De Abnormal ni... thanks ya? sudi follow blog kita yang tak seberapa nihh :p

Bila klik saja link ni http://kerusi-kaki-dan-meja.blogspot.com/ korang akan terus dibawa belayar ke blog ASDFGHJKL.. ni first time wawa jumpa blog unik macam ni...


unik kan? so, jom serbu berjemaah 


Liebster Award #3


kali ni wawa menjadi mangsa kepada Mastura Aziz.. ok, jom tengok wawa jawab "exam" ni.. sekurang-kurangnya korang tahu apa yang korang tak tahu pasal wawa.. haha.. faham? good!! tak faham sudah :p

Soalan : 

  1. Pernahkah anda kentut depan orang ramai tapi tak berbunyi cuma bau? Apakah reaksi anda bila orang sekeliling tengok anda??
    Hamboii makk, soalan diaaaa.. haha.. emm, wawa jujur k? ye wawa pernah kentut depan orang ramai, almaklumlah tak baik kalau terus memendam lama-lama.. haha.. lepas kentut, pastu terus jalan laju-laju.. haha.. 
  2. Banyak2 tempat pelancongan di Malaysia ni, tempat mana yang anda belum pergi & ingin pergi??
    Wawa ni, nama je duduk kat Malaysia, tapi masih banyak lagi tempat yang wawa belum pergi.. hehe.. maklumlah, parents wawa bukan kaki melancong.. ok, tempat yang wawa teringin nak pergi ialah LEGOLAND.. nak tunggu kawen dulu la.. pastu ajak somi pegi sana.. hehe^^
  3. Pergi hotel, pernah tak anda terbuka paip air panas ketika mandi, apakah perasaan yang anda rasa waktu itu?Tak pernah pun terbuka air panas :)
  4. Jika diberi peluang kepada anda untuk edit blog free, blog macam siapakah anda nak?
    Jika diberi peluang ek? nak macam blog Miss kepeng lah! muahahaha.. hihi.. bukan apa, wawa lebih suka tengok hasil titik peluh sendiri berbanding orang lain :)
  5. Blog anda berkaitan apakah, Bisnes kah, Tutorial kah, or Only personal??
    Sebenarnya blog wawa ni random.. macam-macam ada :p
  6. Bila hari jadi anda, berminat x kalau mas bagi hadiah? dan hadiah apakah yang anda mahu?
    Hari jadi wawa 18 sept, ok jerr kalau mas nak kasi.. hehe^^ wawa dah lama teringin teddy bear yang gebu-gebu.. aumm.. buat pelok malam2 syiokk ouhh.. haha
  7. Dari mana anda tahu pasal blog nie? habaq mai sikit
    Haaatudiaaa.. keluaq dah loghat utaqa diaa.. haha.. maybe dari blogwalking kot.. hehe.. tak ingat la saiyanggg..
  8. Apakah binatang yang anda suka & x suka , kenapa suka & kenapa x suka?Binatang yang wawa palingg obses sekali opkos la KUCING.. meow2.. comel gila.. wawa suka kucing sebab kucing ni jarang buat kita sakit hati.. best kalau tidoq peluk kucing!! Binatang yang wawa tak suka ialah semua jenis SERANGGA!! sorry to say lah! grrr.. sebab dulu nyamuk pernah masuk dalam telinga wawa.. 
  9. Adakah anda bercita-cita nak jadi seorang Blogger Femes @ seseorang Blogger yang entrynya dikenang2? sebab apa?Semua blogger pun teringgin nak jadi blogger yang terbaik di mata umum.. kenapa? mesti ada sebab sendiri.. bagi wawa, wawa nak happy kan semua orang dengan hasil karya wawa sendiri.. ececey.. yup! memang tu pun yang wawa nak :)
  10. Apakah Kriteria seorang blogger yang perlu ada??Kriteria yang perlu ada dalam diri blogger ialah sifat "friendly", kalau ada blogger yang sombong sape yang berani mau dekat? ye tak?
  11. Lastly, Adakah anda peminat KPOP? dan kenapa?Sorry to say, wawa memang tak suka dengan KPOP.. tah la, tak minat la.. sebab semua tu melalaikan je... bila terbuka chanel yang kpop2 dok menari ni konfom kena maki dengan mak.. haha.. 

yey!! dah habisss.. hihi^^

Ujian Medsi

Baru-baru ni 16/5/2014 wawa check dekat portal rasmi upu, mana tau sama ada wawa dapat interview ke tak.. tapi .. mungkin tak da rezeki.. down jugak lah masa tu bila isi no ic pastu keluar "Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda tidak berjaya" so sad :'( tah kenapa hati ni meronta-rota suruh check sekali lagi.. so wawa check la pada 19/5/2014 memandangkan last untuk menyemak tawaran interview tu 20/5/2014... nak tau apa yang wawa nampak lepas masukkan no ic???

TADAA!!!
Drag gambar ke new tab untuk melihat dengan jelas^^
Alhamdulillah.. rasa happy sangat walaupun hanya dapat menduduki ujian medsi (UPSI).. hehe.. ni baru dapat medsi, belum dapat masuk UNIBERSITI lagi.. haha.. balik je dari kerja, wawa terus tunjuk surat tawaran ni kat mak, mak tanya macam2 kat wawa, pastu wawa tengok mak senyum.. Ya Allah, rasa nak menangis... sebak sangat.. hehe.. maklumlah.. wawa ni harapan terakhir dia.. nama pun anak bongsu.. hihi..

so, esok wawa akan pi ujian Medsi kat UUM, huu ketaq aih.. nerbes semua ada.. haha.. doa2kan semoga wawa lulus k? insya'Allah :)

p/s: thanks sis Linda sebab kasi tip^^ >> Tips Ujian Medsi 

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz

Lama woihh tak join giveaway neyyy! haha.. ok, hari ni start balik.. yuk! mencuba nasib jom?? jom!! hehe

Klik banner untuk menyertai^^
Expired date : 31 Mei 2014

Hadiah :
Cash RM50 x 1
Top Up RM10 x 1
Top Up RM 5 x 2 

Tag:
1. Eikin
2. Zakira
3. Izzaty

Cara nak letak menu tab sendiri design laa :p

salam photo salam_zpsb0c6dcc4.png
Ada 2 orang blogger tanya, "macam mana nak buat menu tab yang comel2 tu"


1. ok, the important thing korang kena la design sendiri.. ikut kesesuaian blog korang.. MK design guna Photoscape je..

contoh yang mcm ni

korang kena sabar sikit.. sebab kena buat satu per satu..

2. lepas dah siap design, korang upload kat PHOTOBUCKET! kalau xda, sila sign up kat >> sini <<

lepas dah upload, dia akan jadi maacam ni kan?

Klik gambar untuk tumbesaran^^

3. Ok, lepastu klik ikon yg korang dah design , contoh "Home" lepastu copy "HTML"

Klik gambar untuk tumbesaran^^

4. Then pergi Dashboard >> Layout >> Add a Gadget >>  Html/JavaScript >> dan paste kan kod HTML yang korang copy tadi.. 

Klik gambar untuk tumbesaran^^


5. Ulang langkah no 3 tadi sampai habis kesemua ikon yang korang design tu.. lepas dah paste semua tu, klik "Rich Text"

Klik gambar untuk tumbesaran^^

korang akan dapat macam ni 

Klik gambar untuk tumbesaran^^

6. Susun mengikut kreativiti korang dengan "drag ikon korang" ke sebelah ikon yg first tu..

Klik gambar untuk tumbesaran^^

7. Lepas dah selesai susun semua tu,korang perlu "link ikon2 tu" mula2 klik ikon yg korang nak link pastu  click ikon mcm kat bawah ni

Klik gambar untuk tumbesaran^^

8. Letak la Url page korang tu.. contoh macam ni 


9. Ulang step no 7 sampai habis... pastu >> SAVE

Klik gambar untuk tumbesaran^^

Selamat mencuba^^ 

p/s : Kalau tak faham apa2 tanya je k? 







Cara nak letak page dalam blog

salam photo salam_zpsb0c6dcc4.png
Hari ni cik Kepeng nak buat tutorial untuk kawan2 MK yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni.. ceh! haha

Page dalam blog? apa tu? tengok gambar bawah ni

Klik gambar untuk tumbesaran berganda^^

tapi Tutorial ni yg basic je lah.. kalau nak cantik2 tu kena la design sendiri.. hehehe.. dah, x mau membebel lagi.. jom start!

1. Dashboard >> Page 

2. Pastu korang klik New Page


3. Then dia akan keluar mcm ni..


no 1. korang letak la nama page korang
no 2 tu korang describe la apa2..
contoh macam MK punya ni


4. Lepas dah siap, korang akan dapat view macam ni

5. So, korang dah ada page sendiri.. ok, next cara nak keluarkan page tu dekat blog.. 
Dashboard >> Layout


6. Add a Gadget >> Pages




7. pastu keluar macam ni

korang tick je page yang korang buat tadi tu..
pastu "save"

8. Ok dah siap!


korang boleh ubah kedudukan page korang tu ha.. Dashboard >> layout
macam ni 




pastu save arrangement
Siap!!!

selamat mencuba! cc to : Acao giloss