Review Blog : Mr PJJ

Cik kepeng nak review satu blog ni.. Dia baru nak menjinakkan diri dalam dunia Blogger ni... siapa ek? ekekeke.. insan yang aku sayang selepas mak & abah.. perghh ayat! hahaha.. Kenapa MR PJJ? pi tanya dia.. haha Jom la, tambahkan follower dia.. sian dia xda follower.. xmau menaip banyak2, penat oihh! puasa nih! meh tengok sini..



Kasut Pelik ?

Korang mesti tak sabar kan, nak tau, apa yang pelik sangat dengan KASUT ?? nah, jom kita tengok! Memang pelik --'

ni kasut siap ada casing phone lagi.. ni bagi mengelakkan phone tercicir.. *agaknya lah*

kasut yang kosnya paling murah.. kutep je rumput tepi rumah pastu tampal dekat kaki korang, haha

ini kenapa pelik sangat? yang mana depan & yang mana belakang? konfius den --'


motif dia letak rantai tu bagi menggelakkan kecurian kasut kot..

dah tak tau nak pakai kasut pesyen apa, buka peti ais, ambil ikan yang agak2 besar kaki korang tu then tebuk 3 lubang pastu masukkan getah slipar lama.. siap!

Lastik heel namanya.. haha
 
ini kasut atau pistol? 

err--" x payah pakai kasut lah..

ni kasut makan tuan namanya..

kasut ni bagi mengelak dari terkena pacat atau lintah.. sesuai untuk pesawah turun ke bendang.. haha..

ini kasut atau pasu bunga?

kasut ni, korang boleh cuba sendiri.. ambek paku yang paling besar tau tau? haha

jap jap!! macam mana nak pakai ni?

haha, kalau pakai ni mesti jalan terjengket-jengket..

ni kalau peogol bersiri datang serang, korang tendang je kat bahagian sulit dia.. konfem insaf terus.. muahaha

sesuai bagi sesiapa yang cintakan serangga.. haha.. boleh bawak serangga peliharaan korang jalan-jalan kan?

mini akuarium.. haha.. sesuai bagi penggemar ikan..

kalau nak lagi murah, korang ambil pisang, buang isi then pakai kat kaki, tu pun kalau muat lah :p

macam sofa je.. makin pelik --"

yang ni aku konfius.. nak pakai macam mana ni?

hati2 dengan kasut ni, mungkin kanak2 akan menjadikan kasut ni sebagai bahan imaginasi diorang.. haha

macam mana nak jalan ni???

kalau dah rasa lambat nak ke tempat kerja, korang boleh cuba guna ni.. kau hader?

kasut lutsinar atau semulajadi ?

ape ke pelik sangat ni?

ni kasut ermm.. sedih plak tengok gambar nih.. sob sob T.T

walau bagaimana rupa kasut sekali pun, ia tetap penting bagi mengelak berlakunya kecederaan kepada kaki :) so pandai2 la memilih kasut yang sesuai..

Sumber : Google


Pengalaman Temu Duga program "Bimbingan dan Kaunseling"

Setelah sekian lama belog comel lagi kiut miut ni diabaikan.. Hari ni aku kembali lagi.. miahahaha.. ok tak lawak! brrrrrrrr -_-' Sebenarnya wawa menghilang ke Tanjong Malim pada 20.6.2014 ngeh ngeh! aku tau, mesti ada yang rindu kan? mampir ke sini yukk! HAHA.. *indon sesat*

20.6.2014 - wawa, kakak, baby fathia, mak & abah bertolak dari rumah pukul 7.00 a.m, puas jugak la aku tidur dalam kereta sementara nak sampai PERAK.. haha.. sampai kat perak dah pukul 11 a.m.. awal giloss.. temuduga start pukul 2 p.m.. tapi tak pa, oqang KEDAH cakap "Awai la tak Kalut".. haha..sementara tu, kita selfie dulu.. muahahaha..

imej kurang memuaskan.. sebab ambek kat wechat.. gambar asal ade dalam phone satu lagi.. brrrr-_-
 tunggu punya tunggu dah pukul 1.55 p.m *glup* punya la ketaqqq. Lepas solat Zohor, aku pun p la ambil tempat kat depan bilik temuduga tuh.. tetiba je aku jadi blurr sebab aku p situ sorang2.. family aku semua dok kat surau sambil landing2 sementara aku habeh temuduga... lama baqhanggg aku tunggu turn! sementara tunggu tu, aku tertarik dengan sorang Lecture ni, Hensem weh!! kekeke.. jangan marah aaa QAIYUM.. haha, tapi sayang, dia jaga bilik 3, aku pulak bilik 2.. sebelah je pun.. lawak lah dia punya telatah...haha.. tiba-tiba dia mai kat aku 
Lecturer :"kamu mintak kos ape?" 
Aku "Bimbingan Kaunseling"
Lecturer "ouh, cikgu kaunseling la ni?" 
Aku "kekekeke"

Tak lama lepas tu, sampai la turn aku.. Pukul 4.30 lebih kurang macam tu la baru nama aku dipanggil.. Macam biasa la, sebelum masuk bilik tu, Abah pesan selawat 3x & baca ayat Kursi, pastu aku ketuk2 pintu n bagi salam sambil senyum2.. hehe.. dengan langkah ayu serta tertib mengalahkan gadis Melayu Terakhir aku bagi sijil yang panel tu mintak, bila disuruh duduk, aku pun duduk sambil ucap "Terima Kasih" ye lah! dah orang kasi duduk, kita ucap la Terima Kasih.. 

Soalan yang ditanya :
1. Perkenalkan diri anda
2. Apa yang membuatkan anda ingin menjadi kaunselor?
3. Apakah maksud Bimbingan dan Kaunseling
4. Apa Kelebihan yang anda ada untuk kami mengambil anda sebagai Guru Kaunseling: *in english*

weyyy! Muet aku pun BAND 2, dia pi tanya soalan nombot pat tu dalam english.. aku pun hantam je lah.. tapi kebanyakkannya mesti ada "aaaa, emm sorry, err aaaa" hmmm ==" aku practise cakap omputih kat pengenalan diri tu ha, tapi dia xmau tanya dalam bahasa omputih.. frustt weh! 
tapi kan tapi kan kan.. ada satu ayat panel tu yang buat aku down gila.. nak tau apa? erm biarlah rahsia.. 

Macam dah xde harapan dah.. so aku takmau berharap dah kat UPSI ni.. maybe rezeki aku kat tempat lain kot.. huhuhu T.T

lepas keluar je dari bilik temuduga tu, Lecturer hensem tu mai interview aku pulak.. siap x kasi aku balik --" brr --' *Qaiyum baca ni, mesti jeles, kan kan? haha.. pastu call abah suruh ambek.. pukul 5 kteorang bertolak g umah akak kat Bukit Jalil~~

** sorry, entry kali ni panjang, kalau x, lagiiii panjang.. tapi aku tau, xde orang nak baca entry panjang2.. hmm k babai..
THE END

Review Blog : The All Things

Klik saja pada link ni http://asyzbadco.blogspot.com/ korang akan sampai ke destinasi yang gelap, haha.. background saja yang gelap! blog ni dimiliki oleh sorang kawan wawa Asyraf :D , blog yang penuh dengan info-info yang menarik.. acely korang boleh share macam-macam pengalaman korang dengan owner group tu.. peramah lagi hensem owner dia.. kahkahkah.. nak ngorat? dipersilakan... kekeke.. 

Lagi 1 si Asyraf ni gila anime, boleh dikatakan 24 jam dengan anime saja.. so kalau korang nak bertukar2 cerita pasal anime dengan Asyraf  pun bole.. hehe.. jom serbu blog dia.. dia nak tambahkan followers .. 


klik gambar untuk tumbesaran si manja :D

ohsem kan blog dia? wawa masuk blog dia sampai tersesat --" kekekekeke
ok babai :P

GA mini Power Bank by Labyrinth

klik banner diatas untuk join^^

Tamat : 21 jun 2014

Panggilan temuduga UPSI

Alhamdulillah...baru-baru ni wawa baru je selesai menghadapi ujian MEDSI UPSI di UUM :) tunggu punya tunggu dan ini lah resultnya :) 

klik untuk tumbesaran simanja :D

Alhamdulillah... 20/6/2014 nanti dah kena g Tanjung Malim.. Temu duga bagi program Bimbingan dan Kaunseling.. emm.. so kena la prepare apa2 yang patut kan? Ya Allah, berdebarnyaa.. seram sejuk dibuatnya.. macam2 wawa rasa sekarang ni.. em :') doakan wawa k? teringin sangat nak jadi cikgu...

Dulu masa kecik2 wawa suka main cikgu-cikgu... duduk sorang-sorang pastu cakap ala-ala macam cikgu, anak-anak murid aku semuanya teddy bear.. kahkahkah.. jangan cakap aku gila! aku buat semua tu sebab sel-sel otak aku tengah berhubung.. kehkehkeh..

Berbalik pada tajuk diatas, wawa nak mintak tunjuk ajar kakak2 or abang2, apa yang patut wawa buat sebelum menjelang hari temuduga tu nanti? *glup

ok, tu jeh, hope semua berjalan dengan lancar.. Amin~


Art Trade with Jassarah

Ahaii.. hihi.. art trade lagi.. muhahaha.. ni permintaan dari adik Jassarah.. nak berArt Trade katanya... emm wawa ni baru lagi dalam dunia doodle nih.. hihi.. bak kata kak Deno "practise make perfect" hehe.. terpromot kak deno pulak.. kekeke.. lama tak beletiaq, ok sila scroll ke bawah, kat bawah ni doodle dari adik Jassarah.


Adik Jassarah ni baru berumur 10 tahun.. dah pandai dia doodle.. kau hado? 

ni pulak doodle dari wawa untuk adik Jassarah


ok, tu je kot.. 

p/s : kalau nak art-trade dengan wawa, inform je kt cbox or sini 


Art Trade Miss Fairytale


Art Trade lagi :3 hihi.. kali ni dengan Miss.. bukan Miss kepeng.. ada pulak nak art trade dengan diri sendiri? tu namanya syok sendiri =,=' haha.. Miss FairyTale ni haa --> Klik

 ini doodle wawa untuk Miss 


*P/s : JANGAN COPY! ALLAH NAMPAK :)

Ni pulak doodle yang paling wawa suka.. thanks miss^^ muah siket! hihi



Bagi sesiapa yang nak art trade  dengan wawa, bagitau dekat cbox atau SINI
babai :p

Segmen Saya Nak Doodle 48 Jam Part #2 by Fiqa Nsz

Segmen Saya Nak Doodle 48 Jam Part #2 by Fiqa Nsz

*KLIK BANNER*


Saya nak doodle macam ni:

1. colour/corak baju: *boleh attach corak yang dimahukan
2. colour tie: *boleh bagi code colour html
3. colour/corak coat: *boleh attach corak yang dimahukan
4. colour seluar: *boleh bagi code colour html
5. nama yang hendak ditulis: *Max 8 huruf


Hadiahnya:
Peserta terawal x3 - Doodle Chibi
Peserta Random x7 - Doodle Chibi


Segmen Tamat pada 11 hb Jun tepat pukul 5 PM.

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014