Tengah berkurung ke tu? apa aktiviti harini?
Semua dah sedia maklum kan dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda wabak Covid19 ni,
Korang perasan tak? Dekat Facebook raaaaaamai sangat manusia-manusia tengah mencari Hand Sanitizer & Mask. Ada pulak Saller-saller ni jual harga yahudi. Jangan la ambil kesempatan time-time macam ni, kesian la sikit dekat orang yang tak berkemampuan tu..
Harga yahudi tu satu hal, ni satu hal lagi, tiba-tiba banyak pulak fonder-fonder keluarkan hand sanitizer brand sendiri, kebanyakkan brand yang aku tak pernah tengok. Lepastu boleh pulak claim "mengandungi 70% alkohol". Kalau betul-betul nak bantu rakyat Malaysia tu alhamdulillah, kalau sejenis manusia yang nak untung semata-mata, baik rejam je. Tak berkat rezeki tu.
Jom kita uji sama ada sanitizer yang kita beli tu betul-betul ada 70% alkohol ke tak.
(sumber : Facebook )
Cuba korang ambil hand sanitizer korang, tuang atau gosok sanitizer atas kertas resit yang berdakwat. Lepastu tengok sendiri perubahan.
Sanitizer yang mempunyai peratusan tinggi 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara.
Kandungan Alkohol yang tinggi mampu mencairkan dakwat resit atas tindakkan kimia itu sendiri. Lihat kesan dakwat yang hilang tu ditanda sebagai ✔
Manakala Sanitizer fake yang claim alkohol 70% pulak hanya memudarkan sedikit je dakwat resit atau tak beri kesan langsung ditandakan X
Yang ni pulak hasil dari uji kaji aku sendiri,
Sebelum
Selepas, yang atas tu aku guna sanitizer brand Dettol, yang bawah tu aku guna sanitizer brand Bath & Body Works, Alhamdulillah dua-dua sanitizer ni memang aku percaya. Actually sebelum wabak ni lagi memang aku guna hand sanitizer ni.
Ni pulak komen-komen netizen yang dah 'terkono'
Kesian kan? kita beli untuk kepentingan masing2, tapi ada orang yang ambil kesempatan dalam keadaan macam ni so berhati-hatilah dalam membeli, Tak semua hand sanitizer macam ni, ada je brand pelik-pelik tapi bagus kualitinya.
Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua,
Jaga diri, jaga kesihatan tau!
#StayAtHome





