Something stupid!



Assalamualaikum....
Hai you ollz!! *kejip mata* lama pulak wawa tak post entri...hmmm..entri kali nih nak citer pasal apa ekh?? *garu-garu kepala* 

Ok lah..firstly wawa nak minta maaf kat my classmate...”sorry guy’s, aku tak ley nak upload file yang aku copy kt cikgu bila tiba nak bt PBS tu” hmmm..semua dok suro aku upload...”weh najwa, boley tak hang upload file kt group??” , “weh, stg upload file tu kt group tau?” , # ney laa antara kawan2 wawa dok merungut suro upload ‘contoh karangan’ yang wawa copy kt cikgu..sorry weh..aku dah tak boleh nak upload apa yang hampa suro tu..tunggu aku beli broadband sendiri lah senang sikit aku nak buat kerja ft online! Hahaha -.- susah kan bila umoq macam kita neh tak dak internet ft lappy,netbook,computer n what ever yg berkaitan dengan ict neh..susah wehh!!! Kerja kursus pown kena taip guna pc.. lagi-2 bila time MUET! Time sir suro balek cari isi esay kat internet..”sorry sir, i not have internet at my home anymore..” Wawa dah laa lemah bab2 english ney...setakat nak merapu tu boleh laa...tapi nak kena penyepak dengan sir try lah....huh! nasib! Nasib!

Tu baru subjek MUET ! GEOGRAFI tak kira lagi..nak tengok peta laa, nak cari jawapan latihan yang cikgu bagi laa..macam-2 lagi -.-  cena nih??? Time nak buat PBS bahasa Melayu tu..nak cari contoh ‘minit mesyuarat’ , ‘ucapan’, ‘kertas cadangan’ mana wawa nak dapatkan contoh semua tu?? Cikgu Tanya, rumah sapa ada internet?? wawa hanya mampu senyum -.- Arghh!!*saja buat terok!*

Seminggu sekali baru wawa online..tu pown hari jumaat lepas tusyen, masuk mc’d, cari meja ada plug®buka netbook®curi wifi, ® then, ONLINE!!! Hahahahahh..boleh dikatakan tiap-taip minggu muka TRIPOD mesti ada kt mc’d..sampai staff-2 mc’d semua kenai kami...hahahahhh..mesti depa kata “muka budak-budak ni lagi” hihihi >.<

Kesimpulannya , internet merupakan media yang penting bagi kalangan pelajar tingkatan 6. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakkan yang sewajarnya agar pelajar-pelajar tingkatan 6 mudah untuk memperoleh maklumat serta sumber terkini dari media internet. Kita berharap agar semua pelajar tingkatan 6 dapat meninggkatkan pelajaran mereka serta impian Negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama dapat direalisasikan.

*ok tak?? Agak2 karangan BM wawa boley dapat A++ tak?? Hahahahahh ...emm..malas naktaip lagi dah..wawa n TRIPOD dah nk balek! Now kami kt mc’d lah! Hahaha..err..title entri nie tak dak kena mengena langsung apa yang wawa taip neh! Ahh!! Lantak laa..de ku kesyah?? Hahahhh!!!
Bye-bye *lambai tangan* assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment