Showing posts with label covid19. Show all posts
Showing posts with label covid19. Show all posts

Selamat Hari Raya Aidiladha

 Assalamualaikum...

Macam mana hari raya korang tahun ni? Mesti sedih kan sebab tak dapat balik kampung? Nak gi aner pun tak oleh!!!

Aku tak raya pun harini.. tah la, dengan keadaan Pandemik macam ni, aku sampai murung taknak raya.. Baju raya pun tah kemana wehh! hahahaha...

So pagi tadi tolong mak dekat dapur, isi kuih dalam balang, potong lemang lepastu mandi, pakai baju tshirt seluar tracksuit pastu makan sambil layan netflix then tidur la! hahahahaha takda orang datang rumah pun.. Baguihh naaa orang Alor Setaq niii, patuh SOP, tapi tu la, makin hari makin tinggi pulak kes kat Kedah ni, Ceq pun peninggg! Stress.. kita bagai nak gila berkurung kat rumah, tapi kes tetap tinggi, cedihh!!!

Tapi apa-apa pun, aku harap korang korang yang tengah baca blog ni jaga diri tau! Jaga SOP, kalau yang tak sihat, makan ubat! 

.........................................

Berhabuk dah blog ni... lama tak menaip, busy? tak sangat cuma kurang rajin... hahahaha.. Insya'allah aku cuba untuk jadi kurang malas ye.. hihihihi...

Aku rasa nak cari bloglist baru la untuk tahun 2021 ni... tudia tudia, dah setengah tahun baru nak cari bloglist baru :3 okay tak? 


Aktiviti aku harini, layan netflix sampai lebam...

Thank you yerr sudi baca blog kiter sampai habeshh! sis terharuuuu T^T


Pakai Mask Terbalik boleh masuk lokap ke??

Assalamualaikum..
Cam Serius jerr bunyi tajuk entry ni 😂

Al Kisahnye, aku kena pergi beli barang dapur dekat Mydin, Nak harapkan bapak aku? hmmm memang tak la, bukan tak boleh diharap, orang tua-tua ni faham-faham je lah kan, ingat dia nak ke pergi beli barang dekat pasaraya besar-besar ni? Kalau dia pergi pun mesti dengan mak aku, dia?? dia ofcourse la duduk dalam kereta 😂 Typical abah-abah la katako! haha

Okay berbalik pada aku pergi Mydin, 
Aku post la gambar ni dekat FB,

Al kisahnye, ada la seorang hamba Allah ni komen "Mask terbalik tu sis 😂" Haa gitewww 
Tak salah nak menegur kan? tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, mask tu dua-dua belah warna putih 😂 mana dia tau aku pakai mask terbalik??? heee 😁

Okay di bawah ni aku sertakan mask yang aku pakai time pergi hospital 24/3/2020 haritu ya.. teliti pada lipatan mask tu. Betul kan aku pakai mask ni?

So, disebabkan mask berwarna tu dah habis, aku terpaksa la pakai mask yang tak berwarna tu. Tak pasal2 aku kena sekolah dengan hamba Allah tu seolah-olah cetek sangat ilmu didada ni.. Hahaha, aku cukup sensitif sikit dengan golongan yang serba tahu segala alam dalam planet ni.. Nak komen biar saheh, ye salah aku jugak sebab tak mention jenis mask yang aku pakai tu warna apa, kan dah buat orang lain salah faham 😆

So kalau korang rasa aku salah pakai mask putih tu bagitau ek? so boleh aku perbetulkan kesalahan aku. 

#StaySave #StayAtHome

Hand Sanitizer Ori vs Fake?

Assalamualaikum w.b.t

Tengah berkurung ke tu? apa aktiviti harini?
Semua dah sedia maklum kan dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda wabak Covid19 ni,
Korang perasan tak? Dekat Facebook raaaaaamai sangat manusia-manusia tengah mencari Hand Sanitizer & Mask. Ada pulak Saller-saller ni jual harga yahudi. Jangan la ambil kesempatan time-time macam ni, kesian la sikit dekat orang yang tak berkemampuan tu..

Harga yahudi tu satu hal, ni satu hal lagi, tiba-tiba banyak pulak fonder-fonder keluarkan hand sanitizer brand sendiri, kebanyakkan brand yang aku tak pernah tengok. Lepastu boleh pulak claim "mengandungi 70% alkohol".  Kalau betul-betul nak bantu rakyat Malaysia tu alhamdulillah, kalau sejenis manusia yang nak untung semata-mata, baik rejam je. Tak berkat rezeki tu.

Jom kita uji sama ada sanitizer yang kita beli tu betul-betul ada 70% alkohol ke tak.

(sumber : Facebook )

Cuba korang ambil hand sanitizer korang, tuang atau gosok sanitizer atas kertas resit yang berdakwat. Lepastu tengok sendiri perubahan. 

Sanitizer yang mempunyai peratusan tinggi 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara. 
Kandungan Alkohol yang tinggi mampu mencairkan dakwat resit atas tindakkan kimia itu sendiri. Lihat kesan dakwat yang hilang tu ditanda sebagai ✔
Manakala Sanitizer fake yang claim alkohol 70% pulak hanya memudarkan sedikit je dakwat resit atau tak beri kesan langsung ditandakan X

Yang ni pulak hasil dari uji kaji aku sendiri, 

Sebelum

Selepas, yang atas tu aku guna sanitizer brand Dettol, yang bawah tu aku guna sanitizer brand Bath & Body Works, Alhamdulillah dua-dua sanitizer ni memang aku percaya. Actually sebelum wabak ni lagi memang aku guna hand sanitizer ni.

Ni pulak komen-komen netizen yang dah 'terkono'




Kesian kan? kita beli untuk kepentingan masing2, tapi ada orang yang ambil kesempatan dalam keadaan macam ni so berhati-hatilah dalam membeli, Tak semua hand sanitizer macam ni, ada je brand pelik-pelik tapi bagus kualitinya.

Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua,
Jaga diri, jaga kesihatan tau!

#StayAtHome