Hand Sanitizer Ori vs Fake?

Assalamualaikum w.b.t

Tengah berkurung ke tu? apa aktiviti harini?
Semua dah sedia maklum kan dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda wabak Covid19 ni,
Korang perasan tak? Dekat Facebook raaaaaamai sangat manusia-manusia tengah mencari Hand Sanitizer & Mask. Ada pulak Saller-saller ni jual harga yahudi. Jangan la ambil kesempatan time-time macam ni, kesian la sikit dekat orang yang tak berkemampuan tu..

Harga yahudi tu satu hal, ni satu hal lagi, tiba-tiba banyak pulak fonder-fonder keluarkan hand sanitizer brand sendiri, kebanyakkan brand yang aku tak pernah tengok. Lepastu boleh pulak claim "mengandungi 70% alkohol".  Kalau betul-betul nak bantu rakyat Malaysia tu alhamdulillah, kalau sejenis manusia yang nak untung semata-mata, baik rejam je. Tak berkat rezeki tu.

Jom kita uji sama ada sanitizer yang kita beli tu betul-betul ada 70% alkohol ke tak.

(sumber : Facebook )

Cuba korang ambil hand sanitizer korang, tuang atau gosok sanitizer atas kertas resit yang berdakwat. Lepastu tengok sendiri perubahan. 

Sanitizer yang mempunyai peratusan tinggi 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara. 
Kandungan Alkohol yang tinggi mampu mencairkan dakwat resit atas tindakkan kimia itu sendiri. Lihat kesan dakwat yang hilang tu ditanda sebagai ✔
Manakala Sanitizer fake yang claim alkohol 70% pulak hanya memudarkan sedikit je dakwat resit atau tak beri kesan langsung ditandakan X

Yang ni pulak hasil dari uji kaji aku sendiri, 

Sebelum

Selepas, yang atas tu aku guna sanitizer brand Dettol, yang bawah tu aku guna sanitizer brand Bath & Body Works, Alhamdulillah dua-dua sanitizer ni memang aku percaya. Actually sebelum wabak ni lagi memang aku guna hand sanitizer ni.

Ni pulak komen-komen netizen yang dah 'terkono'




Kesian kan? kita beli untuk kepentingan masing2, tapi ada orang yang ambil kesempatan dalam keadaan macam ni so berhati-hatilah dalam membeli, Tak semua hand sanitizer macam ni, ada je brand pelik-pelik tapi bagus kualitinya.

Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua,
Jaga diri, jaga kesihatan tau!

#StayAtHome

6 comments:

  1. ada juga orang yg ambil kesempatan time darurat macam ni. btw nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. ohhh wahhh thank you for sharing this.

    ReplyDelete
  3. semalam beli hand sanitiser. lps ni nak test ori ke idok.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Oh.. baru tahu tentang nii.. ilmu baru... mekasih. take care ye :D

    ReplyDelete