Filem Review: Journey 2 The Mysterious Island

Assalamualaikum, sihat ke tu?
So harini aku nak revew filem Journey 2 The Mysterious Island, memandangkan citer ni best, so aku syorkan anda anda semua tonton yer?


Filem ni mengisahkan tentang Sean Anderson yang mempunyai ayah tiri bernama Hank (Dwayne Johnson). Sean ni sebenarnya tak suka pun dekat ayah tiri dia ni, biasa la, mana ada orang sanggup tengok orang lain replace ayah kandung sendiri ye dok? Tapi si ayah tiri ni sanggup buat apa saja untuk rapat dengan Sean.

Nak dijadikan cerita, Sean telah mendapat 1 insyarat radio yang asyikmengulang tayang insyarat tersebut tetapi mesej yang disampaikan tak penuh. So Sean menggambi keputusan untuk menceroboh masuk ke kawasan Satelit untuk kuatkan insyarat tersebut. Tapi malangnya Sean gagal sebab polis kejar mengejar pulak, nasib baik la polis2 tu cam kenal ayah tiri dia ni.

Hank (ayah tiri) cuba untuk berbaik dengan Sean dengan menterjemahkan masej yang Sean dapat. kiranya Sean dapat masej yang susah nak faham macam ada kod2 tertentu untuk diterjemahkan. So Hank ni pun tolong terjemahkan mesej tu sebab dulu dia ni tentera laut.

Mesej tu mengenai The Mysterious Island yang diceritakan oleh beberapa orang penulis tentang pulau tersebut. 

So si ayah and anak ni buat keputusan untuk ke pulau tersebut memandangkan Sean mendapat tahu yang Atuknya ada di pulau tersebut. Bermulalah pengembaraan anak beranak tu. Untuk ke Pulau tu mestilah kena merentasi laut. Tapi tiada orang pun nak bawak diorang ke situ, katanya tempat tu tak ada Pulau and sering dilanda ribut.

Tapi ada seseorang yang sanggup bawa Sean & Hank ke situ dengan bayaran yang tinggi. Setelah bertarung dengan ribut, akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau. Yang peliknya pulau tu sangat2 misteri, hahaha..

Haiwan yang besar akan jadi kecik, Haiwan yang kecik pulak jadi besar.Bayangkan lah semut yang kecik tu besar gajah, and gajah yang besar tu jadi kecik macam kucing. Kalau lipas agak2 besar mana ek? Kecik2 lipas tu pun orang dah terjerit2, apatah lagi kalau lipas besar..

Kat pulau tu diorang berjumpa dengan Atuk Sean. So Atuk Sean ni bawak diorang ke satu tempat yang buat aku jadi teruja bila tengok, Sampaikan aku rasa "Eh betul ke ni? serius aaa tempat tu macam ni?" Tahu apa tempat tu? KOTA ATLANTIS! yaaa, macam semua tahu, kota atlantis tu kan tengelam dalam laut. So kalau korang nak tengok Kota Atlantis tu macam mana, boleh tengok filem ni kat Iflix .

Tapi nasib diorang tak baik sebab pulau tu akan tenggelam memandangkan larva gunung berapi tu nak keluar, oh ya! Pulau tu ada Gunung Berapi ye.

Macam mana diorang nak keluar dari Pulau tu? Kapal diorang dah musnah dengan ribut. So kalau nak tau, boleh la tengok full movie kat iflix 

Bagi peminat adventure macam aku ni, aku sangat2 syorkan korang tengok filem ni, best!!!


5 comments:

  1. I have watched this movie and it super awesome. Itu pun selepas repeat They Journey To The Center Of The Earth

    ReplyDelete
  2. Rasa macam pernah tengok mocie ni tapi tak ingat sangat dah haha tapi penceritaan miss kepeng memang best, rasa nak repeat movie pun ada ni :D

    ReplyDelete
  3. menarik laaa.. macam nak tengok je.. macam best je.... kita suka gak crita mcm nih....

    ReplyDelete