Assalamualaikum..
hahai, wawa kembali lagi! haha.. kali ni wawa nak kasi tips untuk adik2 yang bakal
menghadapi peperiksaan PMR,SPM & STPM...
wawa tau, mula2 masuk sekolah pada awal tahun, mesti kita rasa semangat gila!!! siap berazam nak focus
pada pengajaran guru kan?? sama macam wawa dulu, tapi tak sampai pertengahan bulan dah hilang dah rasa semangat tu,
kadang-kadang bila tiba subjek yang kita tak berapa suka tu or cikgu yang kita tak suka (sbb grang nak mampos/memboringkan)
kita akan rasa mengantuk gilaa, lagi2 bila cara ckgu yang mengajar tu boring kan? nak tidur pun rasa bersalah..
ye la, hormat cikgu la even dia mengajar macam tak mengajar je, hihi, wawa ada tips yang pernah wawa
amalkan dulu... selamat menjamu selera :
1. Bila cikgu dah start mengajar, kita pun tetiba je dah start rasa mengantuk kan? haha, cer korang try tulis balik apa yang cikgu korang membebel start dari dia masuk mengajar sampai tamat dia mengajar, haha tulis balik setiap patah perkataan yang keluar dari mulut cikgu, hihi, mesti best! ajak membe sebelah join sekaki, bila time rehat, korang try baca balik apa yg korang tulis tu, bukan setakat korang tak jadi nak tido dlm kelas, tapi korang jugak dapat apa yg cikgu ajar, maybe dgn cara ni, korang lebih ingat apa yg cikgu sampaikan :D
2. Korang kena banyak menggunakan deria pancaindera, contoh : tangan untuk menulis, telinga untuk mendengar,mata untuk melihat, jika salah satu deria pancaindera tidak digunakkan, haa mulalah nak tarik telinga membe sebelah, nak geletek membe, nak cubit membe, nak sepak kaki membe, ni yang buat cikgu geram dengan korang! sebab apa yang dia sampaikan,korang buat tak reti, wawa pernah rasa apa yang cikgu wawa rasa dulu, hehe..
3. Tips yang ketiga ni pulak, korang kena banyak bertanya soalan, kalau ada apa2 yang korang tak faham,angkat tangan & suruh cikgu terang sekali lagi,tak payah takut kalau kena maki dgn cikgu, kita nak menimba ilmu...asalkan kita dapat jugak apa yg ckgu mengajar kat depan tu..haha..
4. Korang mintak dekat cikgu supaya "TAKE 5" kalau 24 jam belajar tanpa henti, sia2 je lah pi skolah tapi tak dapat pape pun...mana boleh otak nak terima macam2 dalam masa yang berterusan tanpa henti..tepu oi otakk kalau macam ni.. so mention kat cikgu supaya "take 5"
5. Kalau korang dah mula start mengantuk, cepat2 korang mintak izin dekat cikgu "nak p tandas" dengan peluang yang ada, korang p pusingg satu sekolah, jangan sampai kantoi dengan cikgu disiplin dah laa, kalau kantoi pun, cepat2 cover macam ni "nak cari cikgu, dia tak masuk kelas dari tadi" pastu buat muka seposen, konfom terlepass, tapi kalau dah memang muka korang tu jenis muka WANTED, haa pandai2 tanggung la nah? haha den tak tau :p
haa tu je kot yang dapat wawa kongsi dengan korang, kalau ada apa2 tokok tambah nanti, wawa update lagi.. sebelum belah dari blog wawa
yang busuk ni, tolong cliclk button [FOLLOW] tengok ler Followers wawa seciput je haa, kesian kan?? kalau kesian tolong follow, nanti kasi wawa kasi feedback
balik laa..ayoyo.. ok babaiii *hug*