Assalamualaikum…
Eyyy lamanya tak jenguk blog sendiri, ni bukan setakat berhabuk je, dah berkulat tinggal nak reput jerr.. hahahaha tiber.. tah la, tak tahu la sekarang ni masih releven ke tak blogging ni, tapi kat sini la tempat aku bercerita kenangan aku… kalau bosan2 boleh tengok balik gambar2 lama dekat blog sambil baca2 moment time tu kan? kan?
Aku update blog ni pun sebab terdetik nak tengok balik posting2 yang lama…ehh tetiba rasa nak update la blog ni, kalau masih ada pembaca tu, alhamdulillah.. kalau takda tu takpa, jarang2 kat sini.. al maklumlah skrg ni macam2 ada, Facebook la, Instagram la, Tiktok la, mana sempat nak update2 blog ni, lain la zaman dahulu kala.. hahahaha…
Jarang sekali aku nak update blog, bila dah update, eh eh dah kahwin dah! Haahahaha, alhamdulillah dah sebulan usia perkahwinan aku & suami, masih di fasa awal perkahwinan.. kentut pun bau strawberry lagi.. hahahahaha..
Pada 6/6/2022 aku selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan hati aku, Alhamdulillah, degan sekali lafaz je aku secara SAH bergelar isteri.. wah wah wahhh! Kerlass kau! Sekali lafaz je, bangga lettew cik abang kittew!
Aku buat sekaligus je,lepas nikah terus sanding, SENANG! Tak payah susah2 nak pikir banyak majlis, fikir majlis yang ni pun dah hampir nyawa2 ikan tau, hahahhahaha, penat tu tak payah cakap, penat sangat jadi pengantin ni. So yah, sila lah menjamu mata disepanjang majlis ini, simpan sini sebagai kenangan anak cucu cicit nanti…