Aku dan Kencing Manis


         

Lama aku menyepi...
tapi bersebab, 
sebab apa??? 

20/9/2015 (malam)
8:00 malam - Housemate aku ajak pergi Hospital HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Aku ada mengadu dengan diorang yang aku x larat, act dh dekat seminggu badan aku jadi lemah, jalan pun terhuyung hayang. serius, badan aku dah kering macam lidi, tinggal tulang je, bayangkanlah...

ok, sambung balik,
sampai je kt spital, roomate aku yang tolong buat pendaftaran semua, then tunggu giliran nak jumpa doktor.., perghh berasap bontot aku. Pukul 10.30 baru no aku dipanggil, checkup, x-ray, ambil darah, semua dh lengkap then doktor kasi appointment, suka sangat ajak aku dating. kiteorang pun balik dalam pukul 11 lebih. 

Housemate berenti jap kat kedai makan, tapau makanan jap then balik, dalam kereta aku dah rasa lain macam, nak bagitau perasaan time tu pun taktau. Sampai je depan rumah sewa kami, aku pun naik memandangkan rumah sewa 2 timgkat, aku pun naik tangga dengan bantuan Shee, (housemate aku orang kedah) time naik tangga tu, aku bagitau dia yang aku pening, masuk rumah je, badan aku dah rasa lain macam, mencucuk2, lenguh, kejang semua ada, rasa macam angin dalam badan, aku suruh Amy urut badan aku, eh! makin menjadi2 pulak, time tu aku dah tak tahan lagi, aku menangis (orang kedah ckp teqiak) meraung ckp 'aku x larattttt, sakit wehhhh, tolong akuuuu'. Salah sorang housemate aku dah call Ambulans disebabkan aku dah tak dapat dikawal lagi. Apa yang aku ingat time tu pakcik Ambulans dah angkat aku masuk van, aku x nampak tapi aku dengar sayup2, disebabkan aku dah meracau mcm orang kena rasuk, pakcik tu suntik ubat lali dalam badan aku then aku dah x sedar apa2.

Aku celik, aku meraung nak terkencing, kelakar kan? yang aku nampak time tu che pah dengan nurse, tu separuh sedar then aku dah x sedar sekali lagi. Aku sedar, nampak kakak ak u kat sebelah, pastu aku tido balik, sebab ubat lali masih dalam badan aku. 

Ada sorang Doktor cina ni, ajak bersembang pulak, aku letih, Doktor cakap aku ada penyakit kencing manis, hanya Allah saja yang tau perasaan aku time tu, dalam masa yang sama, aku tak dapat buat apa2 dah, benda dah berlaku, aku cuma redha dengan kententuan-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik ujian ni. 

Mak Abah sampai kat hospital time subuh, kesian pulak sebab buat mak abah risau, mak cakap dia rasa lega bila dapat tau aku just kena kencing manis je, yela, mak selalu fikir bukan2, hmmm risau sangat kat anak dia sorang ni, kikikiki...

haaa macam tu la cerita diaaaaa, then aku ditahan di wad selama seminggu, so aku berhari raya di Hospital, emmm sedih weh, time raya ni la aku suka makan... kekekeke..

so, moral of the story, duduk kat Kelantan, mu jago make molep2 deh, makanan semua manis2, lagi satu, makanan yang menjadi penyumbang kencing manis : minuman 3 in 1, minuman bergas, susu tin. 
Amalkan gaya pemakanan sihat. Jangan bila dah ada penyakit baru nak menyesal...

Nasib Malang


Orang lain dah masuk kelas
aku?

nasib la labuu.. 
aku nak cari mana duit sebanyak RM2360? 
dah slow talk dengan pihak atasan
tapi jawapanya

"Kalau awak tak bayar yuran, awak tak boleh daftar subjek"
...
...
...


Permulaan Sem Yang Agak Mencabar

Dah masuk bulan September dah, alahai, cepatnya masa berlalu, lama jugak gua x meratib depan laptop ni, hahahaha, almaklumlah, gua kan 'hakak senior' yang busy! kahkahkahkah

Penat weh, orang lain sedap2 je tidur kat rumah menghabiskan sisa-sisa baki cuti sem yang terluang. Gua??? menghabiskan cuti yang terluang dengan menyertai kursus Fasilitator. k nampak kan kan kan gua ni HAKAK SENIOR yang berdedikasi dan berwibawa, 'sangat'. Semangat nak sambut ADIK JUNIOR baru... kehkehkeh...

Berbalik pada cerita asal, gua ada masalah dengan PTPTN. huarghhhh!!! disebabkan hal tersebut, gua tak bayar lagi yuran sem 2, so, bila tak bayar yuran lagi, gua tak boleh daftar subjek untuk sem 3. kesian sangat kan? orang lain dah masuk kelas, gua masih terkedek-kedek selesaikan masalah gua.

Citer dia macam ni...

Aku pelajar second intake sesi september 2014/2015, so gua apply la PTPTN dan diluluskan dah, yang menjadi masalahnya, aku ni spesis PEMALU, SEGAN tahap dewa dewi, ye arr, tempat baru, kawan pun ade la 2 3 orang tu pun macam nak tak nak je kawan dengan aku... disebabkan borang PTPTN tu banyak sangat prosedur (kena cop la, kena matikan stem, kena ada slip gaji parents) bapak aku ni kerja biasa2 je, mana ada slip gaji der... disebabkan masalah tersebut, maka tertangguhlah borang tu sampai ke pihak PTPTN, maka terjadilah bajir besar di bumi SERAMBI MEKKAH. Nasib baik sempat balik Kedah, kalau tak, memang mereputla aku kat Kelantan. Aku dah pasang niat, nak settle PTPTN ni kat Kedah, bila dah pergi PTPTN, diorang cakap tak boleh buat sebab kena ada surat kebenaran dari HEP UMK, der, banjir der, kelantan kott.... macam macam mana aku nak balik kelantan derrr... haduiiii...

Disebabkan kejadian tu la, aku lambat bayar yuran, pastu x boleh daftar subjek..dah la mahal yurannyer tu, Gua sarankan adik2 jangan apply UMK, kalau rasa kaya sangat, boleh la try rasa kehidupan kat UMK ni, memang best, serius akak cakap... best! tapi kalau pasal duit tu...

Hmmm.....

Keluarga baru di Universiti


Tak dinafikan lagi, masuk alam U ni memang sah2 la berjauhan dengan family di kampung, lagi2 bagi yang dapat tawaran sambung belajar kt Sabah Sarawak, terasa kejauhannya tuh. 

Aku kat Universiti ni, aku ada family baru, iaitu Cilidon Production. Apa itu cilidon production? salah sebuah badan syarikat koprat. Cilidon Production ni lah family aku, tempat aku luah segala masalah aku, tempat aku share everything dengan dorang, 

Staf cilidon ni terdiri daripada pelajar UMK tahun satu, geng2 aku la nih, 
untuk pengetahuan korang, Cilidon Production ni dah menghasilkan radio cilidon fm, e-magazine.. 

back to the topic, keluarga Cilidon, apa yang special sgt dengan family nih? if salah sorang staff dalam Keluarga ni ada masalah, staff2 yang lain akan turut membantu menyelesaikan masalah. hari ni, aku xde duit untuk berbuka, so aku berpuasa sampai pukul 8.30 malam, air pun xde, makanan pun nyawa2 ikan, nak minta tolong kawan pun rasa macam menyusahkan dorang pulak, so mereput la aku sorang2,

tiba2 ada org ketuk pintu bilik, waaaaa!!!! lepas aku bukak je pintu, salah sorang staff cilidon hulurkan beg plastik yang berisi KFC' Allahu, rasa nak menangis, rezeki Allah bagi, macam tu lagi kau x reti nak bersyukur???? aku tatau nak cakap apa lagi, Allah bagi rezeki sampai ke depan pintu...

terharu sangat, dorang sentiasa ambil tau tentang staff2 yang lain, terima kasih Allah, sebab kurniakan aku kawan yang baik.

tak lupa jugak kepada roomate aku yang sanggup bersusah payah menjerang air panas sebab dok paksa aku makan maggi utk berbuka td, aku bukannya apa, aku makan meggi boleh keluar balik meggi tuh... maafkan aku sahabat...

June Mini Giveaway by Shyue Kim



JUNE MINI GIVEAWAY
[Click Banner]




Syarat-syarat penyertaan :

1. Buat satu entry bertajuk June Mini Giveaway by Shyue Kim

2.Copy + Paste code dibawah

3. Follow blog Shyue Kim dan Google + Shyue Kim

4. Follow IG @bonjour_qaseh @ciknurulcloset

5. Tag 2 blogger lain pastikan mereka tahu

6. Tinggalkan link entry GA dan nama IG anda diruang komen entry ini



Senarai peserta akan di update semasa ke semasa. Terima Kasih cuz sudi join GA yg tak seberapa ni. ^^

Mangsa Tag :
- CikNa
- Zafirah

Final Projek : digital painting


Masa berlalu dengan cepat sekali, tup tup, sem 2 dah sampai ke penghujungnya, aku dah nak masuk tahun ke 2 kat UMK ni, bakal menjadi senior untuk sem depan, alahh! xde mende nak dibanggakan pun... orang still akan panggil aku 'akak' 'sis' 'hakak' 'kakak' uiiihhhh, makin tua depa panggey centu!

okay, back to basic,
sebenarnya aku berpuas hati jugak la dengan final projek aku untuk tahun 1 ni, hehehehe, projek mendigitalkan artwork. Biasala, bila hang belajar kat FTKW (Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan) ni, hang kena redha banyak2 nah? sebab apa? sebab FTKW ni dah macam art school!serius best! tapi menderita sikit lah. 

Lecturer membaling baling artwork kita dari tingkat 4 tu dah menjadi kebiasaan bagi bebudak kat sini, muahahahaha.. (alhamdulillah, aku x pernah kena lagi) serius best belajar kat sini, aku banyak belajar benda baru..

ok, balik kepada cerita asal.

TADAAA!!
Ni artwork aku bagi subjek Rekabentuk Konsep dan Karakter, lecturer suruh buat guba Adobe Ilustration, aku pi guna SAI, eekekeke... terbiasa lahh! maap! 

Artwork aku ni baru je submit tadi, hope diterima dengan seadanya, perghhh! sebelum nak digitalkan ni memang sakit sikit ah! nak kena skatch dulu karakter sendiri. beribu jugak la (yeyyy, kena tipuuu) nak siapkan 1 karakter ni. Ni aku buat karakter Puteri Saadong pada masa depan... kelakau kan? tapi gua puas hati! hihihihihi..

Kepada adik-adik yang buat rayuan UPU tu, moh lerr try masuk UMK ni. make sure pilih FTKW tau? tapi pentadbiran kat sini kureng memuaskan la, maklumla, U ni baru lagi... so kena banyak bersabar... 

minggu paling busy


Minggu paling busy, yela, semua esainmen nak kena submit hujung minggu ni, padan muka kat diri sendiri, tangguh lagi esainmen banyak2.. 


ni nak kena siapkan short film pulak, aku dengan yakin menawarkan diri sebagai pengarah untuk final projek short film, hambekkk hang! kerja bertimbun!!!! erghh! jumaat ni nak balik Kedah dah, hope dapat selesaikan semuanya dalam masa yang terdekat ni AMIN!!

HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY


Gua mencuba nasib sekali lagi, meh la join ramai-ramai :P

klik banner kalau nak join!

Hobi Baru

Hobi! semua orang ada hobi sendiri, tapi gua? hobi gua akan berubah ubah mengikut perubahan masa, (pendiriran tak tetap betul lah) sebelum ni gua suka doodle, tapi bila laptop gua bunuh diri dalam swimming pool, gua pun mengudur diri lah, sadis betul cerita gua...

ni hobi baru gua! vector! gua buat guna ipad je, sebab gua xde laptop, uish sekali lagi sadis betul! hahahhaa, gua punya PTPTN x dapat lagi, problem apa benda tah, so gua buat vector untuk menambah perbelanjaan seharian gua, 

Gua bukan nak meraih simpati, tapi gua nak bagitau je lah yang gua makan sekali sehari je, sebab nak berjimat sampai habis sem ni, bapak gua bukan orang senang weh, petani je pun. Tapi gua selalu ingat pesan bapak gua "bapak bukannya org senang, gaji bapak tahap orang susah, tapi bapak boleh sara hampa semua, nak tau sebab apa? sebab bapak tak pernah tinggal solat, rezeki yang bapak dapat semua berkat, kalau nak dapat rezeki yang berkat, selalu lah buat apa yang Allah suruh" deep sangat bila bapak gua cakap macam tu depan gua dengan muka yang serius, rasa nak nangis, gua dh banyak menyusahkan dia... 

eh, dah lari tajuk! emm! kalau nak tempah vector, boleh direct message kt fb gua, 1 vector rm5, murah je.. hihihi, kbye



Jom Join Ceria 1st Giveaway!


Hui, nak join GA balik la, mana tau kot2 ada luck! 
kehkehkeh...

klik banner

Mangsa Tag:
2. Iffah

Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant



Lama dah tak join apa apa segmen kat blog ni, rindu everything.. huaaa.. 
so hari ni wawa nak join segmen Blogwalking dari Syahirah Valiant ni.
Jemput Join la Ye!

 klik banner untuk join!
klik banner!!!

Ada orang rindu kite lah :P

Assalamualaikum...

ada orang rindu kite lah.. 
sape ekk? 

besfren lama kite lah.. awak, kite pun rindu awak.. kite tunggu awak habis SPM tau dulu... 
pastu awak hilang.. lame dah kite tunggu.. rindu dengan doodle awak.. hee
awak dalam delima apa awak? 
kite nak pesan, even subjek form 6 tu susah, 
awak teruskan usaha je,
percayalah, nanti awak akan dapat hasil yang awak usahakan...
macam saya jugak dulu,
tak suka subjek ekonomi, tapi buat buat suka je lah...
tapi saya bangga masuk form 6, 
kena banyak usaha je awak..
saya yakin awak boleh...
teruskan berusaha ye wak 

-salam rindu dari saya miss kepeng-

pakej review insta shop! rm10 untuk seminggu!!!

Assalamualaikum...

lama sungguh aku menyepi...
maklumlah, sem baru
esainmen pun baru...

korang baru memulakan bisnes? 
tapi tak dapat sambutan?
nak promote insta shop korang? 
tapi tak tau nak promote kt sape?
meh sini wawa tolong korang...


rm 10 ringgit je seminggu...
tapi follower wawa xde la ramai sangat pun.. (boleh tengok sendiri)
wawa bukannya hot pun.. hahahaha
kalau berminat boleh wassap or email gambar beserta caption ye

pembayaran boleh dibuat bila ig shop korang dh mula di'review' buat kali pertama...
kali kedua mesti dijelaskan pembayaran dan review akan diteruskan sehingga tempoh seminggu..

sebarang pertanyaan boleh wassap wawa terus k? 

thanks...

doodle dari siapa?


Rasanya macam dah lama tak buat doodle... almaklumlah, sejak sejak laptop gua tenggelam air, gua dah tak aktif dah dengan doodle nih.. sian kann? hihihi.. 
tapi hari ni gua nak share 1 benda..

TADAAA!!
ni hasil kerja budak animasi.. si Ajamuddin.. hehehe... gua terinstall SAI dalam laptop dia, so ni la kerja dia, dia cakap first time guna SAI, dengan sedikit pertolongan dari gua, terciptalah doodle diatas.. hahaha

k tu je, bye :*

kecundang

Assalamualaikum...

kecundang???
lagi dan lagi...
dari hari pertama, sampai sekarang...
kecundang...
kecundang nk makan burger
sampai cafe je, jumpa nasi kerabu
dah lupa dah pasal burger
sampai rumah je, rasa menyesal sebab tak beli burger
ni semua gara gara nasi kerabu yang 'umph' sangat!

keesokan hari pun sama..
dari rumah dah set dalam otak 
"gua nak makan burger"
sampai cafe, laju je tangan ni mencedok nasi kerabu
alahai...

kejadian yang akan berulang setiap hari...
tapi...
hari ni, rasa nak makan burger tu takde,
nak makan nasi kerabu pun takde selera...
sumpah! hilang selera makan aku...
minum air pun, nak tak nak je

tadi dekat rumah bukan main guling atas katil 
sebab lapar gila nak mampos...
tapi...
ta... pi.....
selera tu dah takde..

balik masak megi la jawabnye...

*kecundang lagi nak makan burger :'(

orang cuti sem, aku ada kelas

Assalamualaikum...

lama menyepi kat sini
walaupun tak sepi sangat
tapi ada laaa..

pagi ni aku dengan liatnya bangun nak pegi kelas.. 
dah set dekat otak, kelas pukul 9 pagi, 
lepas mandi, tergerak hati nk check wassap
bebudak class hantar chat, kelas pukul 8
Allahuakbar! 
hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku..
aku pakai baju,
sikat rambut, dia punya kelajuan tu lain macam
kalau ada super power tu, rasanya dah keluar asap! 

pung pang pung pang!!!
aku bising sebab kalut dah..
sian roomate nak tido *ahh lantak kau! aku dah lambat..

wassap mmbe, dia ckp dh ade dlm kelas, tapi miss fatimah belum datang...
rasa lega sangat..
sampai2 kelas je, fuhh, miss baru masuk...
eh, kelas dah macam tin sardin dah.. padat! 
eh, kerusi pulak takde, dari tingkat 2 turun ambil kerusi kat tingkat 1,
penat? eh tak la, aku kan sado! choii

mula mula masuk memang bersemangat,
5 minit kemudian...
aku rasa nak balikkk!! 
belajar kejap
take 5 
sambung balik
then take 5
aku balik jugakkk kangg! 
tapi tak balik pun...

"orang tu kenyit2 mata pulakkk! terus tak jadi balik"

kasut putih macam gigi

 Assalamualaikum..

kasut putih macam gigi? hahahahaha.. 
macam ni cerita dia... 
hari tu tengah aku syok syok scroll following kt dashboard, tetiba terjumpa satu blog akak ni..
dia guna ubat gigi untuk cuci kasut dia...
aku pun try la memandangkan malam ni aku nak balik kelantan, so tak sempat la nak basuh kasut.. wakakakaka... (malas nak basuh sebenarnya ;p)

bahan bahan :
ubat gigi, yang aku guna colgate lah! 
berus gigi yang lama.. make sure tak ada sesiapa yang guna lagi berus tu.. hihi

                               
kasut murah je pun.. nampak tak, kotor tuuu.. hasil kerja anak sedara aku yang suka main2 pijak kasut --'

                                
letak je ubat gigi tu kat berus, pastu sental macam sental gigi.. haha.. berus la sesuka hati.. asalkan kotor tu hilang...


                                  
                  TADA!!!! Putih macam gigi kan? kasut putih, cavity pun tiada! hahahaha...

SELAMAT 'MENERAI' :P


 


Pemberian paling bermakna :'D

Assalamualaikum...

tadi aku pergi ke sekolah azam, saje je berkenalan dengan cikgu2 dia... sporting gilakk!! sampai malu aku dibuatnye.. hihihi...

pastu kteorang pergi celcom center, nak jumpa pakcik azim, minta tolong dia sainkan borang PTPTN aku..

then terus ke UTC Alor Setar, kononnya nak hantar borang PTPTN aku tu, tapiiiiiii... kena ada surat dari HEP(hal ehwal pelajar) haihhhh! bebanan!! selagi x selesai semua ni.. susah la derr! aku ingat dah boleh selesaikan dah... haihh! 

dengan keadaan frust menonggeng, kami pi food court, makan makan duluuu...

then azam ajak aku masuk popular, katanya nak belikan aku hadiah... nak tau apa yang dia kasi???


        
Tada!!!! senaskah Al-Quran, dia pesan "amalkan baca Al-Quran ni, sekurang kurangnya sehari 1 muka surat, paling lekeh 1 minggu sekali" yang sebelah tu handsock, dia yang belikan..tu dah lama dah.. dia nak sangat aku berubah...

almaklumlah, sebelum ni kann aku pakai baju asyik nak senteng lengan baju je.. hihihi

Dia nak didik aku jadi wanitah solehah, wanita muslimah... insya'allah...

ramai kawan2 n cikgu2 suruh kami kawen.. erkk!! susah la.. org tua tak kasi.. belajar la dulu.. hihi..

"SEMOGA DIRI INI SENTIASA BERADA DI JALAN YANG BENAR, INSYA'ALLAH"

Menilai :D

Assalamualaikum...
sambil minum teh o ais, aku kusyuk dan rakusnya mengeledah 1 blog classmate aku,
baru aku tau, kawan kawan unibersiti aku ni banyak yang ada personal blog,
tapii.. tah cemana aku boleh dapat url sorang per sorang.. kekekeke
aku ni kaki stalker? hmmm maybe lah.. hahaha

tadi tengah selongkar friend request dekat instagram, tetiba ada sorang mamat ni, follow aku.. 
ouhh, my classmate.. hihi.. aku pun follow ler balik, ehh ehh! profile dia private.. emmm emm, tak sampai 5 minit pun, dia approve *dapat notification letew* pastu stalker kejap je, sebab guna wifi rumah orang depan, ehh! budak ni ada blog, apa lagi? aku tekan la link biru kat profile dia tuh.. hihik

baca...
baca...
dan baca...

perghh!!! cara penyampaian dia dalam blog tu, boleh buat aku tak berhenti untuk membaca...
aku baca lagi lagi dan lagi... 

baru aku tau, dia ni macam mana... seorang anak manja yang disayangi family, serius! aku jeles yang tu! hihihi

maafkan aku sebab dulu, mula mula aku tengok dia, aku rasa macam, ehh dia ni kenapa? nerd gilaa! pendiam plak tu, jalan jinjat jinjat.. erkk.. enoying gilaaaa!!!!! 

maafkan aku wehh maafkan akuu.. 

tapi aku rasa mesti dia ada sebab tersendiri kenapa dia dressing macam tu, mungkin trade mark dia..mungkin juga ada sebab dia sendiri...

eh, nak tau ke apa url blog dia? ehehe.. nanti laa aku kasi, takut dia terjumpa blog aku, then syok sendiri sebab aku dok puji dia lebih2, wakakaka... 

kbye...


" orang cakap, jangan menilai sesuatu tu dari rupa, tapi nilai sesuatu tu dari dalaman dan luaran, selalu berfikiran positif :) "

fesyen tudung dari zaman ke zaman

Assalamualaikum w.b.t

                       
   hai!!! hari ni gua nak tunjuk pesyen2 tudung yang pernah gua pakai pada zaman purba dulu kala...

      
                       
                                      Tada!!!! jangan la gelak wehhh! tau la gua huduh T.T

1. fesyen ikat ribbon kt leher, pernah buat? ni tudung yang mak gua buat kat gua masa gua kecik kecik n comel lagi cute... mak gua cakap, nampak kemas! nak makan ke, x de lah tudung masuk dalam pinggan nasi.. hihi..

2. ini biasa lah.. fesyen tudung letak pin kat bawah leher pastu siap!!! nampak nerd sangat, bila angin tiup je, habis tudung yg bawah tu melayang kebelakang....

3. Fesyen tudung femes dikalangan ustazah-ustazah kat sekolah gua dulu.. perghh nampak baik giler kot! pin bawah leher, kiri, kanan.. siap!!!

4. haa yang ni femes dikalangan bebudak remaja dulu dulu.. style lilit kebelakang tu... sekarang femes dikalangan cikgu cikgu.. tak caya? jom pi sekolah gua! hahahahaha... 

5. yang ni femes masa gua form 1 sampai form 5, ye la, letak pin bawah dagu, pastu silang kiri, silang kanan, siap! jimat kerongsang!

6. ni fesyen Najwa Latiff la ni.. adoiyai.. artis pakai nampak cantekk woi, gua pakai nampak cantaikk -_____-

7. haa yang ni adik beradik no 6 tadi.. perbezaan? kelebet(cari) la sendiri.. hahahhahahahahaha

8. jyeahh!! yang last ni my favourite style! ni shawl biasa yang panjang n lebar punyaa... best pakai, kain chiffon, senang bentuk n labuh sangat! nampak macam muslimah ayuuu gitu.. hihihi..

pesanan penaja: hey korang, tak kisah la nak pakai tudung style mana pun, asalkan menutup rambut dengan kemas n labuh menutup dada... bukan apa, kita ni nak elakkan dari pandangan mata mata lelaki yang gatal tu, memang diorang tak tegur kita, tak cakap apa apa walau apa pun yang kita pakai, tapi korang fikir tak, apa yang diorang tengok? mata lelaki ni tak sama macam mata perempuan... pernah dengar tak ayat ni "wanita, 
andailah anda tahu isi hati lelaki, nescaya kamu akan bertudung labuh dan tidak berpakaian ketat." pernah dengar or pernah baca??? haa.. ada maksud tersirat wehh.. kalau korang nak tau apa yang dimaksudkan tu, korang tanya la boipren ka, ayah ka, abg ka, tu pun kalau korang berani nak tanya.. hihi.. kalau x berani, meh sini tanya gua.. hihi..

Azam 2015 yang tak berapa nak azam sangat :p

Assalamualaikum w.b.t

fuyohhh! rajin pulak gua nak hapdet blog kan? ekekeke.. bersempena gua tengah semangat nak update ni, gua nak bagitau ler azam gua tahun 2015 ni *tak tanya pun* t.t nanti ada jugak incik2 stalker yang baca.. kuikuikui...

azam tahun 2015;
1. nak jadi perempuan yang rajin (ya gua mengaku yang gua malassssss sangat! nasib ar sape yang jadi laki gua nanti.. muahahahah!)
2. gua nak berubah dari segi pemakaian, almaklumlah, sebelum ni gua pakai bajunyang tak cukup kain, errr i mean, gua suka senteng lengan baju daa...
                
                            
                                      kekonon nampak semart senteng macam tu, pui!

3. gua nak belajar memasak dengan lebih serius, memandangkan gua nak kawen dah x lama lagi (4 tahun lagi rasanya :p ) 
4. gua nak belajar rajin rajin, gua nak jadi contoh kepada membe2 gua.. fuhh best! tu angan2 gua masa gua darjah 6 dulu, tapi x pernah tercapai t.t
5. gua nak jadi pendengar setia kawan kawan gua... best dengar masalah orang, kalau ada yang gua boleh tolong, gua akan tolong.. hihihi


cukul lerr 5 azam gua tahun ni, eh, sebelum gua terlupa, gua dah ada azam! bukan 5 azam yang gua senaraikan tadi tuh.. ni, Azamuddin lah :p  hihihi.. alhamdulillah, gua dan dia dah sebulan 3 hari... yang sebelum ni dah xda jodoh.. malas gua nak ingatkan lagi dah.. nyampah den, asyik gua je yang jadi mangsa maki hamun dia --'
                        
ni ajamuddin gua! hahaha membe2 gua marah gua sebab gua nak berazam, dorang ckp gua dh ada azam -_____-"


cuti sem di hospital

Assalamualaikum...

Ketemu lagi kita disini.. maaf sangat sangat sebab dah lama aku tak update blog *ade ke org nak baca belog gua ni? * ahh x kisah laa ada ke tak.. hihihi.. 

semua dah sedia maklum yang baru baru ni Kelantan dilanda banjir besar, tak sangka pulak tahun 2014 banjir paling teruk yang berlaku di Malaysia. ya setiap tahun Kelantan mesti banjir di kawasan tertentu, tapi lain pula bencana yang berlaku di kelantan tahun 2014. "setiap yang berlaku mesti ada hikmah" 

untuk pengetahuan korang, aku ni study kat UMK Bachok Kelantan, memandangkan final exam dah dekat, aku pun rancang la study week nak balik Kedah.. 21/12/2014 aku pulang ke Kedah.. nasib menyebelahi aku, 2 hari selepas aku balik Kedah, tetiba tanah runtuh di Grik, memutuskan hubungan ke Kelantan dari Kedah.. so, nak balik Kelantan kena ikut jalan jauh, sebab jalan dekat ditutup.. 

Tak lama lepas tu, Orang orang besar UMK umumkan final exam yang pada mulanya akan dijalankan pada 28/12/2014 ditunda kepada 30/12/2014... memandangkan keadaan di Kelantan tidak mengizinkan, sekali lagi final exam kteorg ditunda lagi pada 26/1/2015.. sekaligus cuti sem terus.. hehehe..

Memandangkan cuti sem, aku diberi amanah oleh kakak-kakak aku untuk menjaga mak di Hospital, memandangkan aku tidak mempunyai keluarga sendiri seperti kakak2 aku yang mempunyai suami dan anak2 sendiri, so aku la satu satunya harapan untuk jaga mak... sebenarnya aku ni x boleh diharapkan pun.. *blur* 

untuk pengetahuan semua, mak aku mempunyai sakit di hempedu, orang cakap batu dihempedu... disebabkan keadaan mak yang x mengizinkan untuk mak lakukan aktiviti harian, mak ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26/12/2014

3/1/2015 — mak dibawa ke bilik pemedahan.. dari pukul 12.30 hingga pukul 6 petang baru mak dikeluarkan... sebak bila tengok keadaan mak yang x sedar disebabkan bius semasa pemedahan tu.. pucat, lesu.. Allah, lembut lutut tengok keadaan mak... 

hari kedua selepas pembedahan tu, mak dibenarkan makan, tapi mak tak ada selera nak makan sebab sakit tekak katanya.. yela, time x sedar tu, doktor dah masukkan wayar2 saluran dalam tekak mak, kesian mak :'( 

                                            
                                                keadaan mak yang semakin pulih :')

         
                                           m  batu yang dah dikeluarkan dari hempedu

Mungkin ada hikmah juga apa yang terjadi kat Kelantan tu, Mungkin ada hikmah jugak kenapa aku x boleh balik Kelantan, maybe sebab aku diperlukan untuk menjaga mak semasa di Hospital even aku ni 'zero' dalam bab2 nak jaga orang sakit ni...

pernah sekali aku melawat orang sakit kat Hospital, ntah cemana aku boleh pitam... hahahaha.. maybe bau ubat kat dalam wad tu, haih bikin malu saja.. hihihi.. 

bye, semoga ketemu lagi...
Assalamualaikum w.b.t