Filem Review: Journey 2 The Mysterious Island

Assalamualaikum, sihat ke tu?
So harini aku nak revew filem Journey 2 The Mysterious Island, memandangkan citer ni best, so aku syorkan anda anda semua tonton yer?


Filem ni mengisahkan tentang Sean Anderson yang mempunyai ayah tiri bernama Hank (Dwayne Johnson). Sean ni sebenarnya tak suka pun dekat ayah tiri dia ni, biasa la, mana ada orang sanggup tengok orang lain replace ayah kandung sendiri ye dok? Tapi si ayah tiri ni sanggup buat apa saja untuk rapat dengan Sean.

Nak dijadikan cerita, Sean telah mendapat 1 insyarat radio yang asyikmengulang tayang insyarat tersebut tetapi mesej yang disampaikan tak penuh. So Sean menggambi keputusan untuk menceroboh masuk ke kawasan Satelit untuk kuatkan insyarat tersebut. Tapi malangnya Sean gagal sebab polis kejar mengejar pulak, nasib baik la polis2 tu cam kenal ayah tiri dia ni.

Hank (ayah tiri) cuba untuk berbaik dengan Sean dengan menterjemahkan masej yang Sean dapat. kiranya Sean dapat masej yang susah nak faham macam ada kod2 tertentu untuk diterjemahkan. So Hank ni pun tolong terjemahkan mesej tu sebab dulu dia ni tentera laut.

Mesej tu mengenai The Mysterious Island yang diceritakan oleh beberapa orang penulis tentang pulau tersebut. 

So si ayah and anak ni buat keputusan untuk ke pulau tersebut memandangkan Sean mendapat tahu yang Atuknya ada di pulau tersebut. Bermulalah pengembaraan anak beranak tu. Untuk ke Pulau tu mestilah kena merentasi laut. Tapi tiada orang pun nak bawak diorang ke situ, katanya tempat tu tak ada Pulau and sering dilanda ribut.

Tapi ada seseorang yang sanggup bawa Sean & Hank ke situ dengan bayaran yang tinggi. Setelah bertarung dengan ribut, akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau. Yang peliknya pulau tu sangat2 misteri, hahaha..

Haiwan yang besar akan jadi kecik, Haiwan yang kecik pulak jadi besar.Bayangkan lah semut yang kecik tu besar gajah, and gajah yang besar tu jadi kecik macam kucing. Kalau lipas agak2 besar mana ek? Kecik2 lipas tu pun orang dah terjerit2, apatah lagi kalau lipas besar..

Kat pulau tu diorang berjumpa dengan Atuk Sean. So Atuk Sean ni bawak diorang ke satu tempat yang buat aku jadi teruja bila tengok, Sampaikan aku rasa "Eh betul ke ni? serius aaa tempat tu macam ni?" Tahu apa tempat tu? KOTA ATLANTIS! yaaa, macam semua tahu, kota atlantis tu kan tengelam dalam laut. So kalau korang nak tengok Kota Atlantis tu macam mana, boleh tengok filem ni kat Iflix .

Tapi nasib diorang tak baik sebab pulau tu akan tenggelam memandangkan larva gunung berapi tu nak keluar, oh ya! Pulau tu ada Gunung Berapi ye.

Macam mana diorang nak keluar dari Pulau tu? Kapal diorang dah musnah dengan ribut. So kalau nak tau, boleh la tengok full movie kat iflix 

Bagi peminat adventure macam aku ni, aku sangat2 syorkan korang tengok filem ni, best!!!


PSU campus Patthani

Assalamualaikum..

Hari ni saje je nak throwback sikit zaman kegemilangan tahun 2016 dulu,
Masa study dulu course aku ada buat culture exchange dengan Prince of Songkhla University kampus Pattani (PSU), kiranya kos 'Pengajian Skrin' (UMK) bergabung meletop dengan kos 'media' (PSU).

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum nak gerak ke Thailand tu, phone aku rosak! fuh dia punya risau tu lain macam, bukan risau apa pun, takut tertingal maklumat penting kat whatsapp group. Kot2 la ada apa2 maklumat penting. Dan nasib baik jugak la aku ada simpan phone lama aku tu walaupun macam hidup segan mati takmahu :3

So, pagi2 lagi, aku dan kawan2 satu program berkumpul kat Kampus, macam2 hal lah, ada yang lambat la, tertinggal itu ini, yelah super excited nak ke negara jiran.

Then bergerak lah kami ke Sungai Golok di Sempadan Kelantan - Thailand.
Selesai cop Passport dengan Boder Pass, kami kena usung bagasi untuk tukar naik bas dari PSU (diorang datang jemput okeh! sangat terharu)

Perjalanan kami ambil masa dalam 4 hingga 5 jam! Macam dari Kedah nak ke KL pulak.
Sepanjang perjalanan tu, dua tiga kali jugak kami berhenti kat R&R diorang, fuhh best siot diorang punya 7e!

Setelah 5 jam perjalanan, kami disambut dengan kalungan bunga di leher.
Orang thailand ni semua baik-baik belaka, dah la friendly!

tetiba aku dah ada kawan baik kat sana uiiii..

Dari kiri: Tee, Asma& Nas
disebabkan phone aku rosak and aku guna phone lama, kualiti gambar pun teruks oi, terpaksalaaa aku Black & Whitekan gambar ni, hahahaha


Gambar ni aku guna phone pinjam, atas ihsan orang, hahaha


Depa ni baik sangat wehh, bayangkan ketiga-tiga ni duk berebut nak layan aku.. *acah hot

Sepanjang aku kat sana, depa ni laa jadi kawan baik aku.

aku tak ingat dah nama tempat ni 

Nak sampai atas ni pun jenuh nak hiking tawww...

ni pulak dekat floating Market, gambar ni je yang ada, yang lain hilang.. yela guna phone orang weh!

Paling rapat
Asmaa & Tee (nama betul Malati @ Melati)
Asmaa ni tak pandai nak cakap melayu or english, so susah sikit nak komunikasi dengan dia,
Tee ni pulak duduk dekat sempadan kelantan - thailand, so dia pandai la kecek kelate, dia ler jadi tukang translate antara aku dengan Asma :)

Selama seminggu aku kat sana, aku dah boleh cakap thailand sikit-sikit, tu baru seminggu tau, kalau setahun? mesti aku dah pandai baca buku bahasa Thailand, hehehe..

Ni pengalaman aku paling bermakna dalam hidup, first time aku melawat ke Negara luar and ada kawan baik dari negara luar.

Disebabkan phone aku problem, gambar sepanjang aku kat sana pun sikit je, tu pun atas belas ihsan orang, tapi pengalaman aku kat sana sangat bermakna!

Aku respect lah orang Thailand! semua murah dengan senyuman, baik dan friendly!




Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum,
hi you olls, buat petew???

Masih berlum terlambat untuk wawa ucapkan Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 tahun, Sayangi Malaysiaku!

Macam mana sambutan kat tempat korang best tak?
Bagi pendapat wawa la kan, tahun ni punya sambutan ohsem gilaa wehh! rasa macam meriah lain macam, maybe sebab Malaysia baru???  tak tahu pulak kat tempat korang meriahnya macam mana kan?

Disebabkan sambutan kali ni meriah, wawa nak share dengan korang, yang wawa bersemangat waja tahun ni nak sambut merdeka.kekekekeke




Ekceli kawan wawa ada join contest, so dia minta wawa untuk jadi model. gigih tau aku lilit bendera tu jadi shawl, ya i know sekarang ni ada je shawl corak bendera tu, tapi last minute weh!! tak sempat den nak cari! kbai