PSU campus Patthani

Assalamualaikum..

Hari ni saje je nak throwback sikit zaman kegemilangan tahun 2016 dulu,
Masa study dulu course aku ada buat culture exchange dengan Prince of Songkhla University kampus Pattani (PSU), kiranya kos 'Pengajian Skrin' (UMK) bergabung meletop dengan kos 'media' (PSU).

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum nak gerak ke Thailand tu, phone aku rosak! fuh dia punya risau tu lain macam, bukan risau apa pun, takut tertingal maklumat penting kat whatsapp group. Kot2 la ada apa2 maklumat penting. Dan nasib baik jugak la aku ada simpan phone lama aku tu walaupun macam hidup segan mati takmahu :3

So, pagi2 lagi, aku dan kawan2 satu program berkumpul kat Kampus, macam2 hal lah, ada yang lambat la, tertinggal itu ini, yelah super excited nak ke negara jiran.

Then bergerak lah kami ke Sungai Golok di Sempadan Kelantan - Thailand.
Selesai cop Passport dengan Boder Pass, kami kena usung bagasi untuk tukar naik bas dari PSU (diorang datang jemput okeh! sangat terharu)

Perjalanan kami ambil masa dalam 4 hingga 5 jam! Macam dari Kedah nak ke KL pulak.
Sepanjang perjalanan tu, dua tiga kali jugak kami berhenti kat R&R diorang, fuhh best siot diorang punya 7e!

Setelah 5 jam perjalanan, kami disambut dengan kalungan bunga di leher.
Orang thailand ni semua baik-baik belaka, dah la friendly!

tetiba aku dah ada kawan baik kat sana uiiii..

Dari kiri: Tee, Asma& Nas
disebabkan phone aku rosak and aku guna phone lama, kualiti gambar pun teruks oi, terpaksalaaa aku Black & Whitekan gambar ni, hahahaha


Gambar ni aku guna phone pinjam, atas ihsan orang, hahaha


Depa ni baik sangat wehh, bayangkan ketiga-tiga ni duk berebut nak layan aku.. *acah hot

Sepanjang aku kat sana, depa ni laa jadi kawan baik aku.

aku tak ingat dah nama tempat ni 

Nak sampai atas ni pun jenuh nak hiking tawww...

ni pulak dekat floating Market, gambar ni je yang ada, yang lain hilang.. yela guna phone orang weh!

Paling rapat
Asmaa & Tee (nama betul Malati @ Melati)
Asmaa ni tak pandai nak cakap melayu or english, so susah sikit nak komunikasi dengan dia,
Tee ni pulak duduk dekat sempadan kelantan - thailand, so dia pandai la kecek kelate, dia ler jadi tukang translate antara aku dengan Asma :)

Selama seminggu aku kat sana, aku dah boleh cakap thailand sikit-sikit, tu baru seminggu tau, kalau setahun? mesti aku dah pandai baca buku bahasa Thailand, hehehe..

Ni pengalaman aku paling bermakna dalam hidup, first time aku melawat ke Negara luar and ada kawan baik dari negara luar.

Disebabkan phone aku problem, gambar sepanjang aku kat sana pun sikit je, tu pun atas belas ihsan orang, tapi pengalaman aku kat sana sangat bermakna!

Aku respect lah orang Thailand! semua murah dengan senyuman, baik dan friendly!




3 comments:

  1. ehehehe kawan2 akak pun cakap 7E kat Thailand best. jauh best dari 7E kita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! absolutely YES!! best gilerr, kite selalu repeat burger kat 7E situ, macam2 hado jauh beza dengan 7E kat sini

      Delete