Selamat Hari Raya Aidiladha

 Assalamualaikum...

Macam mana hari raya korang tahun ni? Mesti sedih kan sebab tak dapat balik kampung? Nak gi aner pun tak oleh!!!

Aku tak raya pun harini.. tah la, dengan keadaan Pandemik macam ni, aku sampai murung taknak raya.. Baju raya pun tah kemana wehh! hahahaha...

So pagi tadi tolong mak dekat dapur, isi kuih dalam balang, potong lemang lepastu mandi, pakai baju tshirt seluar tracksuit pastu makan sambil layan netflix then tidur la! hahahahaha takda orang datang rumah pun.. Baguihh naaa orang Alor Setaq niii, patuh SOP, tapi tu la, makin hari makin tinggi pulak kes kat Kedah ni, Ceq pun peninggg! Stress.. kita bagai nak gila berkurung kat rumah, tapi kes tetap tinggi, cedihh!!!

Tapi apa-apa pun, aku harap korang korang yang tengah baca blog ni jaga diri tau! Jaga SOP, kalau yang tak sihat, makan ubat! 

.........................................

Berhabuk dah blog ni... lama tak menaip, busy? tak sangat cuma kurang rajin... hahahaha.. Insya'allah aku cuba untuk jadi kurang malas ye.. hihihihi...

Aku rasa nak cari bloglist baru la untuk tahun 2021 ni... tudia tudia, dah setengah tahun baru nak cari bloglist baru :3 okay tak? 


Aktiviti aku harini, layan netflix sampai lebam...

Thank you yerr sudi baca blog kiter sampai habeshh! sis terharuuuu T^T


6 comments: