Entry first & last pada tahun 2023 : MENCARI BLOGLIST 2024

 Assalamualaikum…Ade orang ke tak tu?

Tahu-tahu dah hujung tahun dah, kejap je masa berlalu, aku ni dah setahun bergelar isteri dan surirumah ecehh! Hahahaha.. jarang ye aku ke sini, tapi bila dah lama tinggal blog, rindu la pulak.. Kadang buka blog sebab nak tengok balik memories sebelum ni, bagus jugak tau blog ni, mengimbau zaman dahulu kala.. Kadang dekat phone dah hilang dah gambar2 lama, tapi dekat blog ni masih tersemat rapi gambar lama yang dah hilang dekat phone tu.

So sekarang ni nak start aktif balik la, Insya’allah kalau rajin HAHAHAHAHAHA!

Tapi nak kena cari blogger yang aktif la sebagai bloglist terbaru, takda la aku rasa kesepian syok sendiri kat sini.. ade yang sudi nak jadi bloglist kiter tak? Kiter nak masukkan dalam bloglist 2024, nanti boleh blogwalking.. kalau ada yang sudi, sila lah tinggalkan komen LINK blog korang kat bawah ni ye.. nanti aku update link blog korang kat sini..


Senarai Bloglist 2024:

1. 

2.

3.


Dah Kahwin!!!

 Assalamualaikum… 


Eyyy lamanya tak jenguk blog sendiri, ni bukan setakat berhabuk je, dah berkulat tinggal nak reput jerr.. hahahaha tiber.. tah la, tak tahu la sekarang ni masih releven ke tak blogging ni, tapi kat sini la tempat aku bercerita kenangan aku… kalau bosan2 boleh tengok balik gambar2 lama dekat blog sambil baca2 moment time tu kan? kan?

Aku update blog ni pun sebab terdetik nak tengok balik posting2 yang lama…ehh tetiba rasa nak update la blog ni, kalau masih ada pembaca tu, alhamdulillah.. kalau takda tu takpa, jarang2 kat sini.. al maklumlah skrg ni macam2 ada, Facebook la, Instagram la,  Tiktok la, mana sempat nak update2 blog ni, lain la zaman dahulu kala.. hahahaha…

Jarang sekali aku nak update blog, bila dah update, eh eh dah kahwin dah! Haahahaha, alhamdulillah dah sebulan usia perkahwinan aku & suami, masih di fasa awal perkahwinan..  kentut pun bau strawberry lagi.. hahahahaha..


Pada 6/6/2022 aku selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan hati aku, Alhamdulillah, degan sekali lafaz je aku secara SAH bergelar isteri.. wah wah wahhh! Kerlass kau! Sekali lafaz je, bangga lettew cik abang kittew! 

Aku buat sekaligus je,lepas nikah terus sanding, SENANG! Tak payah susah2 nak pikir banyak majlis, fikir majlis yang ni pun dah hampir nyawa2 ikan tau, hahahhahaha, penat tu tak payah cakap, penat sangat jadi pengantin ni. So yah, sila lah menjamu mata disepanjang majlis ini, simpan sini sebagai kenangan anak cucu cicit nanti… 




Baju maroon nk purple tu Wardah kawan baik dari sekolah rendah, baju hijau tu pula Hidayah, bff zaman sekolah menengah.

Cup Cake Cantik from : Klasikek

Kek Hantaran ni pun dari Klasikek



Family pengantin Lelaki

Faizah! One of my Roomate time belajar dekat UMK dulu

Mayang Sari & Nurul Syazwani
Antara orang kuat dalam majlis ni, My BFF 

Ni sebahagian dari Family Herba Prisma (kawan-kawan tempat kerja lama)



My lovely parents Abah & Mak
(Susah ye nak dapatkan gambar mak dengan abah macam ni)


My Big Family
Ni semua adik beradik berserta suami masing2, anak buah lelaki semua takdak dalam ni, busy basuh pinggan kat luar..


Adik Beradik aku semuanya perempuan, Paling kiri tu anak buah paling sulung.

Okay itu saja la kot, sebab ada lagi gambar dekat abam photographer… nanti aku update gambar lagi.. 




Selamat Hari Raya Aidiladha

 Assalamualaikum...

Macam mana hari raya korang tahun ni? Mesti sedih kan sebab tak dapat balik kampung? Nak gi aner pun tak oleh!!!

Aku tak raya pun harini.. tah la, dengan keadaan Pandemik macam ni, aku sampai murung taknak raya.. Baju raya pun tah kemana wehh! hahahaha...

So pagi tadi tolong mak dekat dapur, isi kuih dalam balang, potong lemang lepastu mandi, pakai baju tshirt seluar tracksuit pastu makan sambil layan netflix then tidur la! hahahahaha takda orang datang rumah pun.. Baguihh naaa orang Alor Setaq niii, patuh SOP, tapi tu la, makin hari makin tinggi pulak kes kat Kedah ni, Ceq pun peninggg! Stress.. kita bagai nak gila berkurung kat rumah, tapi kes tetap tinggi, cedihh!!!

Tapi apa-apa pun, aku harap korang korang yang tengah baca blog ni jaga diri tau! Jaga SOP, kalau yang tak sihat, makan ubat! 

.........................................

Berhabuk dah blog ni... lama tak menaip, busy? tak sangat cuma kurang rajin... hahahaha.. Insya'allah aku cuba untuk jadi kurang malas ye.. hihihihi...

Aku rasa nak cari bloglist baru la untuk tahun 2021 ni... tudia tudia, dah setengah tahun baru nak cari bloglist baru :3 okay tak? 


Aktiviti aku harini, layan netflix sampai lebam...

Thank you yerr sudi baca blog kiter sampai habeshh! sis terharuuuu T^T


PENCARIAN BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS

Assalamualaikum,
Disebabkan PKP kita dilanjutkan lagi, ayuh la ramai-ramai kita memeriahkan lagi segmen pencarian bloglist by Ecah ni, Actually aku dah lama kenal ecah, siap masuk dalam group whatsapp family blogger, tapi tu la no lama dah kena barred, so tak tahu la apa kejadian group whatsapp tu.

So mari kita join!

Klik je banner tu untuk join^^

Tag:

Tiba-tiba rajin Cipta Logo Sendiri

Ateee, kome tengok ler teman ni rajin bebenor sejak2 PKP ni, hahaha tibehh cakap perak pulak ye, Marah kang orang Perak nanti.

Bagaimana hari anda? Bagus?? Hahaha, sejak sejak kena bercuti duduk kat rumah ni, aku dah bosan dengan TIDUR! first time dalam sejarah hidup aku, aku rasa bosan dah nak tidur, HAHAHAHA!

Disebabkan PKP dilanjutkan sehingga 28 April ni, marilah kita meRAJINkan diri!

So harini aku decide untuk buat logo artwork aku
Dimulakan dengan cari idea + Sketches


Dan inilah kejadiannya, separuh hari ya buat benda ni, nampak simple, tapi siapa yang pernah buat logo sendiri tu tahu la betapa strugglenya nak siapkan seketul logo ni 😂



Seni Aku ni merupakan platform di instagram, di mana tempat aku untuk menyimpan semua artwork-artwork aku kat situ. So bila dah ada logo ni, harap-harap aku rajin lah nak buat artwork banyak-banyak! (update blog pun jarang-jarang)


Ni instagram artwork aku


Kalau nak follow, sila sila, tiada paksaan ye.


Oh ya! bagi sesiapa nak buat GIVEAWAY, dan ingin mencari seponcor 😁 
Aku boleh jadi sponsor untuk potrait vector ya.
Mengikut terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai sponsor ni, korang boleh mengemukakan soalan di talian email seperti berikut :

misswawa428@gmai.com

Hehehehe, okay tu je kot nak bebel, nanti aku rajin, aku bebel lagi.

XOXO

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Assalamualaikum,

hai everything😂
Korang yang tak tahu nak buat apa tu, 
jom la kita join sama2 segmen bloglist dari CikAin ni



KLIK BANNER UNTUK JOIN ^^

Syarat-syarat penyertaan pun sangat-sangat mudah yer anak-anak.. ok pi join cepat!

Pakai Mask Terbalik boleh masuk lokap ke??

Assalamualaikum..
Cam Serius jerr bunyi tajuk entry ni 😂

Al Kisahnye, aku kena pergi beli barang dapur dekat Mydin, Nak harapkan bapak aku? hmmm memang tak la, bukan tak boleh diharap, orang tua-tua ni faham-faham je lah kan, ingat dia nak ke pergi beli barang dekat pasaraya besar-besar ni? Kalau dia pergi pun mesti dengan mak aku, dia?? dia ofcourse la duduk dalam kereta 😂 Typical abah-abah la katako! haha

Okay berbalik pada aku pergi Mydin, 
Aku post la gambar ni dekat FB,

Al kisahnye, ada la seorang hamba Allah ni komen "Mask terbalik tu sis 😂" Haa gitewww 
Tak salah nak menegur kan? tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, mask tu dua-dua belah warna putih 😂 mana dia tau aku pakai mask terbalik??? heee 😁

Okay di bawah ni aku sertakan mask yang aku pakai time pergi hospital 24/3/2020 haritu ya.. teliti pada lipatan mask tu. Betul kan aku pakai mask ni?

So, disebabkan mask berwarna tu dah habis, aku terpaksa la pakai mask yang tak berwarna tu. Tak pasal2 aku kena sekolah dengan hamba Allah tu seolah-olah cetek sangat ilmu didada ni.. Hahaha, aku cukup sensitif sikit dengan golongan yang serba tahu segala alam dalam planet ni.. Nak komen biar saheh, ye salah aku jugak sebab tak mention jenis mask yang aku pakai tu warna apa, kan dah buat orang lain salah faham 😆

So kalau korang rasa aku salah pakai mask putih tu bagitau ek? so boleh aku perbetulkan kesalahan aku. 

#StaySave #StayAtHome

Hand Sanitizer Ori vs Fake?

Assalamualaikum w.b.t

Tengah berkurung ke tu? apa aktiviti harini?
Semua dah sedia maklum kan dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda wabak Covid19 ni,
Korang perasan tak? Dekat Facebook raaaaaamai sangat manusia-manusia tengah mencari Hand Sanitizer & Mask. Ada pulak Saller-saller ni jual harga yahudi. Jangan la ambil kesempatan time-time macam ni, kesian la sikit dekat orang yang tak berkemampuan tu..

Harga yahudi tu satu hal, ni satu hal lagi, tiba-tiba banyak pulak fonder-fonder keluarkan hand sanitizer brand sendiri, kebanyakkan brand yang aku tak pernah tengok. Lepastu boleh pulak claim "mengandungi 70% alkohol".  Kalau betul-betul nak bantu rakyat Malaysia tu alhamdulillah, kalau sejenis manusia yang nak untung semata-mata, baik rejam je. Tak berkat rezeki tu.

Jom kita uji sama ada sanitizer yang kita beli tu betul-betul ada 70% alkohol ke tak.

(sumber : Facebook )

Cuba korang ambil hand sanitizer korang, tuang atau gosok sanitizer atas kertas resit yang berdakwat. Lepastu tengok sendiri perubahan. 

Sanitizer yang mempunyai peratusan tinggi 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara. 
Kandungan Alkohol yang tinggi mampu mencairkan dakwat resit atas tindakkan kimia itu sendiri. Lihat kesan dakwat yang hilang tu ditanda sebagai ✔
Manakala Sanitizer fake yang claim alkohol 70% pulak hanya memudarkan sedikit je dakwat resit atau tak beri kesan langsung ditandakan X

Yang ni pulak hasil dari uji kaji aku sendiri, 

Sebelum

Selepas, yang atas tu aku guna sanitizer brand Dettol, yang bawah tu aku guna sanitizer brand Bath & Body Works, Alhamdulillah dua-dua sanitizer ni memang aku percaya. Actually sebelum wabak ni lagi memang aku guna hand sanitizer ni.

Ni pulak komen-komen netizen yang dah 'terkono'




Kesian kan? kita beli untuk kepentingan masing2, tapi ada orang yang ambil kesempatan dalam keadaan macam ni so berhati-hatilah dalam membeli, Tak semua hand sanitizer macam ni, ada je brand pelik-pelik tapi bagus kualitinya.

Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua,
Jaga diri, jaga kesihatan tau!

#StayAtHome

Pencarian Bloglist 2020 by MK

Assalamualaikum..
Ya MK masih hidup ya kawan-kawan, Alhamdulillah 😁
Cuma lama tak update blog ni, tengok la last update pun September 2018 😂 setahun berlalu yerr..
Maafla, ada blog 1 lagi, ingat nak delete je blog ni, tapi sayang pulak..

Daripada terbiar, baik kita cari followers & blogger yang aktif semula kan???




Okay meh join ramai2,
Ikut je syarat2 kat bawah ni


1. Follow blog ni <KLIK SINI>  (bagi yang belum follow and i will follow you back^^)
2. Follow instagram @najwa_harun
3. Dah siap, Tinggalkan LINK BLOG korang di komen

JUJUR TAUUU!

tu je.. nanti boleh la blogwalking ramai2, MK akan update dekat bloglist sidebar tuh..

okay tq, selamat bersegmen^^

Filem Review: Journey 2 The Mysterious Island

Assalamualaikum, sihat ke tu?
So harini aku nak revew filem Journey 2 The Mysterious Island, memandangkan citer ni best, so aku syorkan anda anda semua tonton yer?


Filem ni mengisahkan tentang Sean Anderson yang mempunyai ayah tiri bernama Hank (Dwayne Johnson). Sean ni sebenarnya tak suka pun dekat ayah tiri dia ni, biasa la, mana ada orang sanggup tengok orang lain replace ayah kandung sendiri ye dok? Tapi si ayah tiri ni sanggup buat apa saja untuk rapat dengan Sean.

Nak dijadikan cerita, Sean telah mendapat 1 insyarat radio yang asyikmengulang tayang insyarat tersebut tetapi mesej yang disampaikan tak penuh. So Sean menggambi keputusan untuk menceroboh masuk ke kawasan Satelit untuk kuatkan insyarat tersebut. Tapi malangnya Sean gagal sebab polis kejar mengejar pulak, nasib baik la polis2 tu cam kenal ayah tiri dia ni.

Hank (ayah tiri) cuba untuk berbaik dengan Sean dengan menterjemahkan masej yang Sean dapat. kiranya Sean dapat masej yang susah nak faham macam ada kod2 tertentu untuk diterjemahkan. So Hank ni pun tolong terjemahkan mesej tu sebab dulu dia ni tentera laut.

Mesej tu mengenai The Mysterious Island yang diceritakan oleh beberapa orang penulis tentang pulau tersebut. 

So si ayah and anak ni buat keputusan untuk ke pulau tersebut memandangkan Sean mendapat tahu yang Atuknya ada di pulau tersebut. Bermulalah pengembaraan anak beranak tu. Untuk ke Pulau tu mestilah kena merentasi laut. Tapi tiada orang pun nak bawak diorang ke situ, katanya tempat tu tak ada Pulau and sering dilanda ribut.

Tapi ada seseorang yang sanggup bawa Sean & Hank ke situ dengan bayaran yang tinggi. Setelah bertarung dengan ribut, akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau. Yang peliknya pulau tu sangat2 misteri, hahaha..

Haiwan yang besar akan jadi kecik, Haiwan yang kecik pulak jadi besar.Bayangkan lah semut yang kecik tu besar gajah, and gajah yang besar tu jadi kecik macam kucing. Kalau lipas agak2 besar mana ek? Kecik2 lipas tu pun orang dah terjerit2, apatah lagi kalau lipas besar..

Kat pulau tu diorang berjumpa dengan Atuk Sean. So Atuk Sean ni bawak diorang ke satu tempat yang buat aku jadi teruja bila tengok, Sampaikan aku rasa "Eh betul ke ni? serius aaa tempat tu macam ni?" Tahu apa tempat tu? KOTA ATLANTIS! yaaa, macam semua tahu, kota atlantis tu kan tengelam dalam laut. So kalau korang nak tengok Kota Atlantis tu macam mana, boleh tengok filem ni kat Iflix .

Tapi nasib diorang tak baik sebab pulau tu akan tenggelam memandangkan larva gunung berapi tu nak keluar, oh ya! Pulau tu ada Gunung Berapi ye.

Macam mana diorang nak keluar dari Pulau tu? Kapal diorang dah musnah dengan ribut. So kalau nak tau, boleh la tengok full movie kat iflix 

Bagi peminat adventure macam aku ni, aku sangat2 syorkan korang tengok filem ni, best!!!


PSU campus Patthani

Assalamualaikum..

Hari ni saje je nak throwback sikit zaman kegemilangan tahun 2016 dulu,
Masa study dulu course aku ada buat culture exchange dengan Prince of Songkhla University kampus Pattani (PSU), kiranya kos 'Pengajian Skrin' (UMK) bergabung meletop dengan kos 'media' (PSU).

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum nak gerak ke Thailand tu, phone aku rosak! fuh dia punya risau tu lain macam, bukan risau apa pun, takut tertingal maklumat penting kat whatsapp group. Kot2 la ada apa2 maklumat penting. Dan nasib baik jugak la aku ada simpan phone lama aku tu walaupun macam hidup segan mati takmahu :3

So, pagi2 lagi, aku dan kawan2 satu program berkumpul kat Kampus, macam2 hal lah, ada yang lambat la, tertinggal itu ini, yelah super excited nak ke negara jiran.

Then bergerak lah kami ke Sungai Golok di Sempadan Kelantan - Thailand.
Selesai cop Passport dengan Boder Pass, kami kena usung bagasi untuk tukar naik bas dari PSU (diorang datang jemput okeh! sangat terharu)

Perjalanan kami ambil masa dalam 4 hingga 5 jam! Macam dari Kedah nak ke KL pulak.
Sepanjang perjalanan tu, dua tiga kali jugak kami berhenti kat R&R diorang, fuhh best siot diorang punya 7e!

Setelah 5 jam perjalanan, kami disambut dengan kalungan bunga di leher.
Orang thailand ni semua baik-baik belaka, dah la friendly!

tetiba aku dah ada kawan baik kat sana uiiii..

Dari kiri: Tee, Asma& Nas
disebabkan phone aku rosak and aku guna phone lama, kualiti gambar pun teruks oi, terpaksalaaa aku Black & Whitekan gambar ni, hahahaha


Gambar ni aku guna phone pinjam, atas ihsan orang, hahaha


Depa ni baik sangat wehh, bayangkan ketiga-tiga ni duk berebut nak layan aku.. *acah hot

Sepanjang aku kat sana, depa ni laa jadi kawan baik aku.

aku tak ingat dah nama tempat ni 

Nak sampai atas ni pun jenuh nak hiking tawww...

ni pulak dekat floating Market, gambar ni je yang ada, yang lain hilang.. yela guna phone orang weh!

Paling rapat
Asmaa & Tee (nama betul Malati @ Melati)
Asmaa ni tak pandai nak cakap melayu or english, so susah sikit nak komunikasi dengan dia,
Tee ni pulak duduk dekat sempadan kelantan - thailand, so dia pandai la kecek kelate, dia ler jadi tukang translate antara aku dengan Asma :)

Selama seminggu aku kat sana, aku dah boleh cakap thailand sikit-sikit, tu baru seminggu tau, kalau setahun? mesti aku dah pandai baca buku bahasa Thailand, hehehe..

Ni pengalaman aku paling bermakna dalam hidup, first time aku melawat ke Negara luar and ada kawan baik dari negara luar.

Disebabkan phone aku problem, gambar sepanjang aku kat sana pun sikit je, tu pun atas belas ihsan orang, tapi pengalaman aku kat sana sangat bermakna!

Aku respect lah orang Thailand! semua murah dengan senyuman, baik dan friendly!




Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum,
hi you olls, buat petew???

Masih berlum terlambat untuk wawa ucapkan Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 tahun, Sayangi Malaysiaku!

Macam mana sambutan kat tempat korang best tak?
Bagi pendapat wawa la kan, tahun ni punya sambutan ohsem gilaa wehh! rasa macam meriah lain macam, maybe sebab Malaysia baru???  tak tahu pulak kat tempat korang meriahnya macam mana kan?

Disebabkan sambutan kali ni meriah, wawa nak share dengan korang, yang wawa bersemangat waja tahun ni nak sambut merdeka.kekekekeke




Ekceli kawan wawa ada join contest, so dia minta wawa untuk jadi model. gigih tau aku lilit bendera tu jadi shawl, ya i know sekarang ni ada je shawl corak bendera tu, tapi last minute weh!! tak sempat den nak cari! kbai




Photoshoot talent kayu!

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak lepak sini, maklumlahh busy sikit :P
Bukan busy apa pun, busy tolong member2 nak kumpulkan portfolio dia,
Sementara nak tunggu dia habis Konvo, so dia ajak wawa join Photoshoot dengan dia,
kena jadi Talent dia, kau rasa aku ni layak ke? tak cukup tinggi dan kayu! hahahaha

Demi seorang sahabat kan, terpaksa aku relakan jugaaaa...

okay time ni aku tengah tahan malu, lepastu tak reti nak pose! 
dahla bulan puasa
orang tengok je lah...

Makeup ni pun kawan aku yang makeupkan, dia pun mula berjinak-jinak nak jadi MUA.

Dan ni first time aku pakai bulus mata palesu

Yang ni pulak tak official pun, maseni pergi belajar Shoot Macro dengan team 
Kelab Kamera Kedah (KKK), balik tu saje je lah nak bergambar dengan kawan aku, eh sekali ada abang photographer tu tengah ambil gambar wife dia, then diajaknya kami untuk shoot sekali, dan mangsanya aku lagiii, hahahaha
yang ni aku tak makeup pun,pergi nak belajar shoot, sekali orang shoot gambar kita.


Yang ni pulak Photoshoot tema 'Sports', sebelah aku tu memang model eh, maseni aku rasa kecil sangat, sebab dia lawa,pandai pose, aku? HAHAHAHAHAHA, rasa nak pijak diri sendiri :p
Yang ambil gambar ni ialah Official Photographer Bola Sepak Kedah (Arena)


Okay yang ni pulak, aku rasa macam dah pro sikit nak pose ala2 model, kahkahkah, sebab malam sebelum shooting ni, aku study dulu macam mana nak posing :D
Ni makeup dari kawan aku, nanti aku bagi details-details mereka ye?

Fuhh macam retis tak :P

closeup makeup sikit :D


Ni gambar sebelum hari Raya Haji, outing dengan Team Kelab Kamera Kedah
Tema : Gadis Melayu
haaa ayu tak? kekekeke


poster hantu kak limah :P






instagram:
Photographer: NSA Photography