PENCARIAN BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS

Assalamualaikum,
Disebabkan PKP kita dilanjutkan lagi, ayuh la ramai-ramai kita memeriahkan lagi segmen pencarian bloglist by Ecah ni, Actually aku dah lama kenal ecah, siap masuk dalam group whatsapp family blogger, tapi tu la no lama dah kena barred, so tak tahu la apa kejadian group whatsapp tu.

So mari kita join!

Klik je banner tu untuk join^^

Tag:

Tiba-tiba rajin Cipta Logo Sendiri

Ateee, kome tengok ler teman ni rajin bebenor sejak2 PKP ni, hahaha tibehh cakap perak pulak ye, Marah kang orang Perak nanti.

Bagaimana hari anda? Bagus?? Hahaha, sejak sejak kena bercuti duduk kat rumah ni, aku dah bosan dengan TIDUR! first time dalam sejarah hidup aku, aku rasa bosan dah nak tidur, HAHAHAHA!

Disebabkan PKP dilanjutkan sehingga 28 April ni, marilah kita meRAJINkan diri!

So harini aku decide untuk buat logo artwork aku
Dimulakan dengan cari idea + Sketches


Dan inilah kejadiannya, separuh hari ya buat benda ni, nampak simple, tapi siapa yang pernah buat logo sendiri tu tahu la betapa strugglenya nak siapkan seketul logo ni 😂



Seni Aku ni merupakan platform di instagram, di mana tempat aku untuk menyimpan semua artwork-artwork aku kat situ. So bila dah ada logo ni, harap-harap aku rajin lah nak buat artwork banyak-banyak! (update blog pun jarang-jarang)


Ni instagram artwork aku


Kalau nak follow, sila sila, tiada paksaan ye.


Oh ya! bagi sesiapa nak buat GIVEAWAY, dan ingin mencari seponcor 😁 
Aku boleh jadi sponsor untuk potrait vector ya.
Mengikut terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai sponsor ni, korang boleh mengemukakan soalan di talian email seperti berikut :

misswawa428@gmai.com

Hehehehe, okay tu je kot nak bebel, nanti aku rajin, aku bebel lagi.

XOXO

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Assalamualaikum,

hai everything😂
Korang yang tak tahu nak buat apa tu, 
jom la kita join sama2 segmen bloglist dari CikAin ni



KLIK BANNER UNTUK JOIN ^^

Syarat-syarat penyertaan pun sangat-sangat mudah yer anak-anak.. ok pi join cepat!

Pakai Mask Terbalik boleh masuk lokap ke??

Assalamualaikum..
Cam Serius jerr bunyi tajuk entry ni 😂

Al Kisahnye, aku kena pergi beli barang dapur dekat Mydin, Nak harapkan bapak aku? hmmm memang tak la, bukan tak boleh diharap, orang tua-tua ni faham-faham je lah kan, ingat dia nak ke pergi beli barang dekat pasaraya besar-besar ni? Kalau dia pergi pun mesti dengan mak aku, dia?? dia ofcourse la duduk dalam kereta 😂 Typical abah-abah la katako! haha

Okay berbalik pada aku pergi Mydin, 
Aku post la gambar ni dekat FB,

Al kisahnye, ada la seorang hamba Allah ni komen "Mask terbalik tu sis 😂" Haa gitewww 
Tak salah nak menegur kan? tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, mask tu dua-dua belah warna putih 😂 mana dia tau aku pakai mask terbalik??? heee 😁

Okay di bawah ni aku sertakan mask yang aku pakai time pergi hospital 24/3/2020 haritu ya.. teliti pada lipatan mask tu. Betul kan aku pakai mask ni?

So, disebabkan mask berwarna tu dah habis, aku terpaksa la pakai mask yang tak berwarna tu. Tak pasal2 aku kena sekolah dengan hamba Allah tu seolah-olah cetek sangat ilmu didada ni.. Hahaha, aku cukup sensitif sikit dengan golongan yang serba tahu segala alam dalam planet ni.. Nak komen biar saheh, ye salah aku jugak sebab tak mention jenis mask yang aku pakai tu warna apa, kan dah buat orang lain salah faham 😆

So kalau korang rasa aku salah pakai mask putih tu bagitau ek? so boleh aku perbetulkan kesalahan aku. 

#StaySave #StayAtHome

Hand Sanitizer Ori vs Fake?

Assalamualaikum w.b.t

Tengah berkurung ke tu? apa aktiviti harini?
Semua dah sedia maklum kan dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda wabak Covid19 ni,
Korang perasan tak? Dekat Facebook raaaaaamai sangat manusia-manusia tengah mencari Hand Sanitizer & Mask. Ada pulak Saller-saller ni jual harga yahudi. Jangan la ambil kesempatan time-time macam ni, kesian la sikit dekat orang yang tak berkemampuan tu..

Harga yahudi tu satu hal, ni satu hal lagi, tiba-tiba banyak pulak fonder-fonder keluarkan hand sanitizer brand sendiri, kebanyakkan brand yang aku tak pernah tengok. Lepastu boleh pulak claim "mengandungi 70% alkohol".  Kalau betul-betul nak bantu rakyat Malaysia tu alhamdulillah, kalau sejenis manusia yang nak untung semata-mata, baik rejam je. Tak berkat rezeki tu.

Jom kita uji sama ada sanitizer yang kita beli tu betul-betul ada 70% alkohol ke tak.

(sumber : Facebook )

Cuba korang ambil hand sanitizer korang, tuang atau gosok sanitizer atas kertas resit yang berdakwat. Lepastu tengok sendiri perubahan. 

Sanitizer yang mempunyai peratusan tinggi 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara. 
Kandungan Alkohol yang tinggi mampu mencairkan dakwat resit atas tindakkan kimia itu sendiri. Lihat kesan dakwat yang hilang tu ditanda sebagai ✔
Manakala Sanitizer fake yang claim alkohol 70% pulak hanya memudarkan sedikit je dakwat resit atau tak beri kesan langsung ditandakan X

Yang ni pulak hasil dari uji kaji aku sendiri, 

Sebelum

Selepas, yang atas tu aku guna sanitizer brand Dettol, yang bawah tu aku guna sanitizer brand Bath & Body Works, Alhamdulillah dua-dua sanitizer ni memang aku percaya. Actually sebelum wabak ni lagi memang aku guna hand sanitizer ni.

Ni pulak komen-komen netizen yang dah 'terkono'




Kesian kan? kita beli untuk kepentingan masing2, tapi ada orang yang ambil kesempatan dalam keadaan macam ni so berhati-hatilah dalam membeli, Tak semua hand sanitizer macam ni, ada je brand pelik-pelik tapi bagus kualitinya.

Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua,
Jaga diri, jaga kesihatan tau!

#StayAtHome

Pencarian Bloglist 2020 by MK

Assalamualaikum..
Ya MK masih hidup ya kawan-kawan, Alhamdulillah 😁
Cuma lama tak update blog ni, tengok la last update pun September 2018 😂 setahun berlalu yerr..
Maafla, ada blog 1 lagi, ingat nak delete je blog ni, tapi sayang pulak..

Daripada terbiar, baik kita cari followers & blogger yang aktif semula kan???




Okay meh join ramai2,
Ikut je syarat2 kat bawah ni


1. Follow blog ni <KLIK SINI>  (bagi yang belum follow and i will follow you back^^)
2. Follow instagram @najwa_harun
3. Dah siap, Tinggalkan LINK BLOG korang di komen

JUJUR TAUUU!

tu je.. nanti boleh la blogwalking ramai2, MK akan update dekat bloglist sidebar tuh..

okay tq, selamat bersegmen^^