Ketemu lagi kita disini.. maaf sangat sangat sebab dah lama aku tak update blog *ade ke org nak baca belog gua ni? * ahh x kisah laa ada ke tak.. hihihi..
semua dah sedia maklum yang baru baru ni Kelantan dilanda banjir besar, tak sangka pulak tahun 2014 banjir paling teruk yang berlaku di Malaysia. ya setiap tahun Kelantan mesti banjir di kawasan tertentu, tapi lain pula bencana yang berlaku di kelantan tahun 2014. "setiap yang berlaku mesti ada hikmah"
untuk pengetahuan korang, aku ni study kat UMK Bachok Kelantan, memandangkan final exam dah dekat, aku pun rancang la study week nak balik Kedah.. 21/12/2014 aku pulang ke Kedah.. nasib menyebelahi aku, 2 hari selepas aku balik Kedah, tetiba tanah runtuh di Grik, memutuskan hubungan ke Kelantan dari Kedah.. so, nak balik Kelantan kena ikut jalan jauh, sebab jalan dekat ditutup..
Tak lama lepas tu, Orang orang besar UMK umumkan final exam yang pada mulanya akan dijalankan pada 28/12/2014 ditunda kepada 30/12/2014... memandangkan keadaan di Kelantan tidak mengizinkan, sekali lagi final exam kteorg ditunda lagi pada 26/1/2015.. sekaligus cuti sem terus.. hehehe..
Memandangkan cuti sem, aku diberi amanah oleh kakak-kakak aku untuk menjaga mak di Hospital, memandangkan aku tidak mempunyai keluarga sendiri seperti kakak2 aku yang mempunyai suami dan anak2 sendiri, so aku la satu satunya harapan untuk jaga mak... sebenarnya aku ni x boleh diharapkan pun.. *blur*
untuk pengetahuan semua, mak aku mempunyai sakit di hempedu, orang cakap batu dihempedu... disebabkan keadaan mak yang x mengizinkan untuk mak lakukan aktiviti harian, mak ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26/12/2014
3/1/2015 — mak dibawa ke bilik pemedahan.. dari pukul 12.30 hingga pukul 6 petang baru mak dikeluarkan... sebak bila tengok keadaan mak yang x sedar disebabkan bius semasa pemedahan tu.. pucat, lesu.. Allah, lembut lutut tengok keadaan mak...
hari kedua selepas pembedahan tu, mak dibenarkan makan, tapi mak tak ada selera nak makan sebab sakit tekak katanya.. yela, time x sedar tu, doktor dah masukkan wayar2 saluran dalam tekak mak, kesian mak :'(
keadaan mak yang semakin pulih :')
Mungkin ada hikmah juga apa yang terjadi kat Kelantan tu, Mungkin ada hikmah jugak kenapa aku x boleh balik Kelantan, maybe sebab aku diperlukan untuk menjaga mak semasa di Hospital even aku ni 'zero' dalam bab2 nak jaga orang sakit ni...
pernah sekali aku melawat orang sakit kat Hospital, ntah cemana aku boleh pitam... hahahaha.. maybe bau ubat kat dalam wad tu, haih bikin malu saja.. hihihi..
bye, semoga ketemu lagi...
Assalamualaikum w.b.t
Pernah pitam???
ReplyDeleteAlahai malu betul gi melawat org sakit pastu dia pengsan hahahahaha lawak lah aduh hahahaahh
Get well soon to ur mak!!
hahahaha.. tau xpe, malu gilosss!! Hihi thanks :')
Deletememg sakit kak msk wayar dalam tekak tu. mgkin dia msuk kan camera dalam bdn kita . sb yaya pernah buat scope msk kan kamera sb yaya ada sakitdalam perut . mmg perit kak .dkt sminggu xlalu mkn sb tkak tu skit .
ReplyDeletemmg sebak kan kak tgk mak kitaa dah xsehat mcm tu . dlu mak yaya ken semi stroke pn lemah satu bdn yaya . sb dpn mata mak jatuh pngsan dlu . Allah , Alhamdulilah . mak yaya skrg okayy dah bilaa dah strt makan ubat . nsb laa xstroke satu bdn . nsb laa bdn mak normal balik . SubhanaAllah ..
i know how kakak feel bilaa tgk keadaan mak mcm tu ;') get well soon aunty ! kuat semangat !
laa yeke? mase mak akk x sedar tu, baru dorang masukkan wayar tu ha.. bila sedar je, mak akk ckp tekak dia luka, sian mak.. tapi alhamdulillah la skrg dh ok dari haritu.. serius sebak giler.. alhamdulillah la mak yaya dah baik mcm biasa :)
Delete