Ahmad Sobri Ismail Bapak mertuaku?


Kenal Ahmad Sobri Ismail tak? ala, bekas penjaga gol bola sepak kedah dulu?

ha yang ni la.. ni masa dia muda lagi.. hehehe

yang pakai baju belang-belang tu

Tadi dia datang kedai MK, MK kan kerja dekat kedai buat banner, cop dll, so tadi dia datang mai buat cop, kebetulan plak memang MK pegang kerja buat cop2 ni.. hihi..
nak dijadikan cerita, MK boleh tak perasan yang Ahmad Sobri ni bekas pemain bola. Dia datang kedai MK, dah banyak kali jugak la...
so tadi dia datang dok bergurau,katanya nak jadikan MK sebagai menantu dia..  huargh!! muka MK merah dah.. haha.. pastu dia balik..
akak cakap, "kalau hang kawen dengan anak Ahmad Sobri tu, fuhh.. untung la hangg...dia tu bekas pemain bola sepak kedah tau? dulu kedah menang sebab dia la"  MK " laa yaka? haha" Kesian dekat MK kan? haha.. MK ingat polis mana la dok mai buat ramah gila dengan wawa.. haha

petang 

"dia mai pulak dah" haha..
masuk-masuk kedai je terus dia cakap "nak jumpa menantu sat" terus dia datang kat MK...lepas MK dah kasi cop dekat dia, dia pun tanya "wa, macam mana? jadi kan?" *dlm hati* dup dap dup dap
Dia story kat akak MK "tadi balik rumah, dok cerita pasal wawa kat anak, haha.. anak umoq 22, wawa umoq 20, nanti dia dah  24 kawen terus laa."
MK yang dengar pun dah malu gila.. 
haish! sebelum MK tau yang dia tu pemain bola sepak, MK banyak cakap jugak laa dengan dia.. pastu kakak MK bagitau dia tu sapa.. tupp! jadi segan terus.. haha
sebelum dia balik tadi, sempat lagi dia pesan "balik sat lagi kirim salam dekat abah & mak nah?? cakap bisan kirim salam" MK pun qenyeh(senyum) je laa.. padahal muka dah merah gilaaaa..
sempat lagi dia cakap dekat kakak MK "ruby! satlagi wassap gambar wawa na? nak tunjuk kat anak"
MK *dlm hati* "ish biaq betui"
lepas dia tutup pintu kedai, dia buka pintu balik then cakap " wawa, abah balik dulu nah?" *sambil lambai tangan*

ok, tamatlah kisah pada hari ini.. HAHAHA.. tu je..
kbai :p

4 comments:

  1. amboiii.... InsyaAllah... semoga Allah permudahkn niat uncle 2.... hahahaha

    ReplyDelete